Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Sindiket Edar Dadah Tumpas,...

KUALA LUMPUR - Polis menahan lapan individu termasuk dua wanita yang dipercayai anggota...

Marathon Perlis 30 April...

KANGAR - Hampir 4,500 penyertaan dari dalam dan luar negara khususnya melibatkan pelari...

Bajet 2023: RM500 Inisiatif...

PETALING JAYA – Sebanyak RM500 Inisiatif Cahaya Mata Keluarga Malaysia: Bantuan tunai one-off...

PRU15: SPRM Lancar Bilik...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melancarkan bilik gerakan di seluruh negara...

Baby Shima Dan Aliff Syukri ‘Bertumbuk’ Di Indonesia

KUALA LUMPUR – Perang dingin antara penyanyi, Baby Shima dan selebriti kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri berlarutan apabila kedua-dua mereka saling bercakaran pada majlis pelancaran single baharu Aliff, Cowok Baru di Jakarta, Indonesia semalam.

Difahamkan dalam ‘pertembungan’ itu, Baby Shima atau nama sebenarnya, Nor Ashima Ramli, 26, telah diundang ke majlis berkenaan tetapi tidak dibenarkan untuk masuk.

Tindakan tersebut telah membuatkan Shima berang lalu bertindak bersemuka dengan Aliff Syukri yang sedang mengadakan sidang akhbar atas alasan mempertahankan maruahnya.

Shima berkata, dia pada awalnya enggan menghadiri majlis berkenaan tetapi menukar fikiran kerana menerima jemputan daripada pihak pengurusan Aliff Syukri.

“Terima kasih Datuk (Aliff Syukri) malukan Shima di prescon (sidang akhbar) sebentar tadi. Datuk mengundang saya, saya tidak mahu buruk sangka dan hadir selepas menerima saranan daripada pihak pengurusan.

“Buat apa kad undangan tetapi tidak boleh masuk? Apa tujuan Datuk sebenarnya. Saya tidak mahu buruk sangka dan dalam pemikiran Shima, Datuk ingin berdamai. Hanya Allah tahu betapa malunya Shima tadi,” katanya.

Dalam pada itu, sehubungan insiden tersebut, kedua-dua mereka mahu mengambil tindakan undang-undang.


“Saya tidak takut kerana saya yakin berada pada pihak yang benar. Kami punyai cukup bukti,” kata Shima.

Terdahulu, perang dingin antara Shima dan Aliff Syukri atau nama sebenarnya Datuk Seri Aliff Syukur Kamarzaman, 32, tercetus selepas Shima mengkritik kemampuan vokal Alif dalam ruang komen Instagram jutawan kosmetik itu.

Berang dengan komen tersebut, Aliff dan Shima saling berlawan kenyataan dalam medium sosial masing-masing.

Aliff baru-baru ini telah melancarkan single baharu Cowok Baru duet bersama Upiak Isil dan Lucinta Luna untuk pasaran Indonesia. – K! ONLINE

Kategori