Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Muhyiddin, Zahid Nafi Tandatangan...

SHAH ALAM - Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan beliau telah menandatangani...

Peminat Sangkakan Datuk K...

SIAPA yang tak kenal dengan penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza.Selain Siti...

Kerajaan PH Pinjam RM3...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak secara sinikal berkata, kerajaan Pakatan Harapan...

JDT Bakal Jalin Kerjasama...

KUALA LUMPUR - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memaklumkan baginda akan...

Bekas Menteri Pengajian Tinggi Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Pengajian Tinggi, Tan Sri Shafie Mohd. Salleh, 73, meninggal dunia di Hospital Selayang pagi ini.

Menurut Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Ahmad Sabri Saad, Allahyarham yang juga merupakan Ketua Pengakap Negara meninggal dunia pada pukul 9.30 pagi tadi akibat komplikasi dalam perut.

“Jenazah sedang dimandi dan dikafankan di Hospital Selayang. Solat jenazah akan diadakan di Masjid Al-Makmur, Kampung Ginching, Salak Tinggi Sepang selepas Zuhur ini seterusnya dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran,” katanya kepada Bernama.

Allahyarham meninggalkan isteri, Puan Sri Prof. Emeritus Dr. Hajah Mizan Adilah Ibrahim dan tiga orang anak.

Selain pernah memegang jawatan Menteri Pengajian Tinggi, Allahyarham juga pernah dilantik sebagai Ketua Pusat Penyelidikan, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) selama lima tahun dan kemudiannya dilantik sebagai Setiausaha Bahagian, Kementerian Sumber Manusia dan juga Setiausaha Penyelidikan di bahagian Analisis Dasar Pusat Kajian Pembangunan Malaysia di bawah Jabatan Perdana Menteri. 

Kategori