Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Mat Sabu Enggan Layan...

BESUT - Pengerusi Gerakan Harapan Baharu (GHB) Mohamad Sabu enggan melayan amaran daripada...

Jualan Online: Jangan Gatal...

MEMBELI belah secara dalam talian bukan perkara baharu bagi era teknologi yang semakin...

Tubuh RCI Siasat Kematian...

KUALA LUMPUR - Kerajaan didesak menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dalam tempoh 48...

SANTAI : Video Lagu...

Tahukah anda? penyanyi terkenal di Bollywood, Lata Mangeshkar pernah menyanyikan sebuah lagu dalam...

Bella Dilabel Bodoh, Masih Beri Ruang Pada Bekas Suami

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah dilabel bodoh oleh segelintir netizen kerana masih beri ruang dan berhubung dengan bekas suami, Aliff Aziz. 

Dalam satu perkongsian video di laman sosial Twitter, Bella yang kini popular menerusi drama Cinta Belum Tamat Tempoh menyanyi secara langsung (live) di Instagram mendendangkan Almost Is Never Enough (nyanyian asal Ariana Grande dan Nathan Sykes).

Nyanyiannya itu turut disertai Aliff secara live yang menyaksikan gelagat mesra kedua-dua figura berkenaan.

Bella is a dumbass (Bella seorang yang bodoh),” getus seorang pengguna Twitter pada perkongsian video tersebut.

Seorang pengguna Twitter lain memerli dengan ciapan tweet berbunyi: “Tolonglah heret minah ini (Bella) pergi darul syifa’ apa yang liat sangat ni.”


Pun begitu, ramai dalam kalangan netizen turut mendoakan agar hubungan Bella dan Aliff kembali terjalin.

Aliff dan Bella bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur pada 16 Mei lalu selepas dicurangi beberapa kali oleh penyanyi kelahiran Singapura tersebut. 

Mereka mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak, Mohamad Ayden Adrean, yang kini berusia dua tahun. – K! ONLINE

Kategori