Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Tiada Lagi Sidang Media,...

KUALA LUMPUR - Gara-gara laporan tidak beretika beberapa portal berita propembangkang semalam, Jawatankuasa...

Dokumen Peribadi Tercicir Selepas...

DOKUMEN peribadi suspek samun dan rogol yang tercicir ketika melakukan jenayah itu di...

Banjir: KSN Minta Ketua...

PUTRAJAYA - Penjawat awam yang bertugas dalam operasi banjir perlu digilirkan untuk mengelakkan...

3 Tahun Lagi Untuk...

TOKYO – Kerajaan memerlukan tempoh tiga tahun bagi mengurangkan hutang negara kepada paras...

Darurat Jerebu: Pelajar Malaysia Di Pekanbaru, Jambi Dipindahkan

PUTRAJAYA – Seramai 280 pelajar Malaysia di Pekanbaru dan Jambi, Indonesia akan dipindahkan ekoran pengumuman darurat di Riau akibat jerebu, kata Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

Nadma dalam kenyataan hari ini berkata, 160 pelajar akan dibawa pulang ke Malaysia, manakala 120 lagi akan dipindahkan ke Dewan Malaysia di Jakarta.

Katanya, Nadma bersama Wisma Putra, Tentera Udara Diraja Malaysia dan agensi berkaitan bermesyuarat hari ini untuk membincangkan operasi pemindahan pelajar Malaysia di Pekanbaru dan Jambi.

Konsulat Malaysia di Pekanbaru dan Education Malaysia Indonesia berkata, 280 pelajar yang perlu dipindahkan itu terdiri daripada 183 orang di Pekanbaru dan 97 lagi di Jambi.

Terdahulu, Gabenor Riau, Syamsuar mengisytiharkan darurat mulai semalam sehingga 31 Oktober ini dan perintah itu akan dilanjutkan jika keadaan tidak berubah.

Sehingga semalam, jarak penglihatan di Riau adalah 500m dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 600.


Mengenai situasi jerebu di Malaysia, Nadma berkata, secara amnya ia bertambah baik susulan fasa peralihan monsun yang bermula hari ini dan akan berterusan sehingga awal November nanti.

“Fasa peralihan monsun ini bermakna angin barat daya yang sebelum ini bertiup dari negara jiran ke arah negara ini akan beransur-ansur berubah arah dan dengan itu keadaan jerebu akan beransur pulih.”

Setakat 11 pagi ini, 15 kawasan mencatatkan IPU tidak sihat, manakala kualiti udara di 51 lokasi lain sederhana.

Bacaan IPU 0 hingga 50 dikategorikan baik, 51- 100 (sederhana), 101 – 200 (tidak sihat), 201 – 300 (sangat tidak sihat), manakala 300 ke atas berbahaya.

Kategori