Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Michael Buble Berehat, Jalani...

PENYANYI Michael Bubble menerusi laman sosial Twitternya menghebahkan bahawa dia bakal menjalani pembedahan...

Penumpang Cetus Panik, Buka...

Seorang penumpang yang dalam pesawat penerbangan domestik di China mencetuskan ketakutan dalam kalangan...

Hubungan Baik Media Untungkan...

ARAU - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah hubungan baik...

Siti Noor Raih Gangsa,...

RIO DE JANEIRO - Atlet olahraga negara, Siti Noor Radiah Ismail menghadiahkan pingat...

Dewan Rakyat Maklum SPR Kekosongan Kerusi Parlimen Tg. Piai

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat hari ini mengemukakan pemberitahuan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung kekosongan luar jangka Kerusi Parlimen Tanjung Piai, Johor berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr. Md Farid Md Rafik.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md. Yusof dalam kenyataan hari ini berkata, selaras dengan Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan, suruhanjaya itu hendaklah mengisi kekosongan luar jangka itu dalam tempoh 60 hari daripada tarikh pemberitahuan diterima.

“Oleh yang demikian, selaras dengan Perkara 54 Fasal (1) Perlembagaan Persekutuan, pihak SPR hendaklah mengisi kekosongan luar jangka Kerusi Parlimen Kawasan P.165 Tanjung Piai, Johor dalam tempoh 60 hari daripada tarikh dipastikan oleh SPR bahawa ada kekosongan,” katanya dalam kenyataan itu.

Md Farid, 42, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri meninggal dunia pada pukul 6 pagi Sabtu di Hospital Pontian, Pontian akibat serangan jantung.

Kategori