Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Lembu Korban Peluk Tuannya,...

LUCU dan kesian. Tapi apa nak buat... Sebab awak lembu, awak mesti dikorbankan...

Shabery Cabar LPP Wujud...

KUALA LUMPUR - Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dicabar wujudkan produk bertaraf 'juara dunia'...

Pencerahan Untuk 11 Mitos...

Perjanjian Perkongsian Trans-Pacifik (TPPA) merupakan kontroversi terbaharu yang dibangkitkan pembangkang dan NGO tertentu,...

Mangsa Banjir Di Raub...

KUANTAN - Tujuh mangsa banjir masih berada di pusat pemindahan sementara di...

Doktor Pukul Bekas Isteri, Bapa Mertua Dihantar Hospital Bahagia

SHAH ALAM – Seorang doktor muda yang didakwa mencederakan bekas isteri dan bapa mertuanya dua minggu lalu sehingga menjadi tular diperintah oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini bagi menjalani penilaian kesihatan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.

Hakim Mohd. Sabri Ismail memerintahkan demikian terhadap tertuduh, Syed Ariff Syed Abdul, 34, mengikut Seksyen 342 Kanun Prosedur Jenayah bagi menjalani pemeriksaan selama 30 hari di hospital tersebut.

Terdahulu, Syed Ariff yang memakai baju berkolar putih dan berseluar jeans biru itu mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan tersebut di Mahkamah Sesyen dan Majistret. 

Bagi pertuduhan di hadapan Mohd. Sabri, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan di bahagian kiri atas kepala bekas isterinya, Siti Nur Hidayah Abd Rahim, 34, dengan menggunakan telefon bimbit.

Justeru, dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama. 

Jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun atau denda atau dengan sebat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. 

Bagi hukuman dibawah Seksyen 326A Kanun Keseksaan pula memperuntukkan penjara untuk tempoh dua kali ganda daripada tempoh maksimum dikenakan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Bagi pertuduhan di hadapan Majistret Sabreena Bakar@Bahari, Syed Ariff  didakwa mendatangkan kecederaan pada dahi Abd Rahim Hashim, 65, mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan. 

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya sekali.


Kedua-dua kesalahan itu dilakukan di Jalan Utarid U5/24 di sini pukul 12.15 tengah hari pada 4 September lalu. 

Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aifaa Che Abdullah dalam prosiding tersebut memohon agar tertuduh menjalani pemeriksaan psikiatri di Hospital Bahagia Tanjong Rambutan (Ulu Kinta) selama sebulan.

Peguam Adenan Ismail mewakili tertuduh memaklumkan kepada mahkamah anak guamnya sedang mengikuti rawatan psikiatri di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sejak 2014.

“Anak guam saya juga turut menjalani rawatan di Hospital Sungai Buloh,” katanya. 

Tarikh sebutan semula bagi kedua-dua kes ditetapkan pada 18 Oktober depan selepas Sabreena memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Sesyen. 

Akhbar sebelum ini melaporkan kejadian tersebut yang tular di laman sosial Facebook memaparkan seorang lelaki memukul bekas isteri dan bapa mertuanya ketika mereka dalam perjalanan pulang dari mahkamah di sini. 

Difahamkan punca kejadian disebabkan suspek yang merupakan seorang doktor tidak berpuas hati dengan isterinya yang juga seorang doktor berkaitan hak penjagaan anak yang masih berjalan di mahkamah.

Kategori