Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Dibuang Dalam Semak, Muka...

ALLAHU AKBAR... tidak dapat kami bayangkan kesakitan yang dialami seorang bayi perempuan ini...

TV3 Dan TV9 Anjur...

KUALA LUMPUR - Sempena Drama Festival Kuala Lumpur 2015, stesen TV3 dan TV9...

4 Wanita Tukang Urut...

GEORGE TOWN - Polis menahan empat wanita warga asing yang bekerja sebagai tukang...

Misi Chef Rinrin Perkenalkan...

NAMANYA mungkin agak asing berbanding selebriti lain kelahiran negaranya, namun peminatƃā€šĆ‚Ā program makanan pasti...

Foodpanda Naikkan Upah, Perkenal Bonus, Sistem Syif

PETALING JAYA – Perkhidmatan penghantaran makanan, Foodpanda menaikkan upah setiap pesanan bagi penunggangnya dalam skim bayaran baru yang diumumkan hari ini.

Skim bayaran baru itu juga memperkenalkan bonus untuk jam bekerja dalam seminggu, dan upah tambahan untuk setiap pesanan bagi penghantaran dalam masa tertentu sehari.

Pengarah Urusan Foodpanda Malaysia Sayantan Das mengumumkan penghantar makanan akan dapat RM7 bagi setiap pesanan berbanding RM5 sebelum ini.

ā€œPenunggang juga diberi insentif bonus RM100 apabila bekerja 60 jam seminggu,ā€ katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, penunggang juga akan diberi tambahan upah RM1 setiap pesanan bagi semua pesanan antara 11 malam dan 9 pagi setiap hari.

ā€œPenunggang juga akan terima tambahan bonus antara 30 September dan 6 Oktober apabila mereka selesaikan sekurang-kurangnya 80 pesanan dalam tempoh itu,ā€ katanya.

Kenaikan upah dan insentif lain ini diumumkan bersama sistem syif yang akan berkuat kuasa pada 30 Sept ini.

ā€œPenunggang boleh memilih syif yang mereka ingin bekerja mengikut kesenangan mereka,ā€ katanya.


Menurut Foodpanda, dengan kekuatan 12,000 penunggang di seluruh negara, sistem syif ini memberi keanjalan kepada penunggangnya untuk memilih bila dan di mana mereka bekerja.

Pada masa yang sama, sistem kelompoknya memastikan sentiasa ada slot mencukupi untuk penunggang yang mahu bekerja dalam syif tertentu.

ā€œSistem ini memastikan jumlah penghantaran yang tinggi tersedia untuk penunggang yang ingin bekerja lebih,ā€ katanya.

Di samping itu, Foodpanda mengumumkan ia juga telah menaikkan kadar setiap pesanan untuk penunggangnya.

ā€œSkim yang disemak semula ini membolehkan penunggang menjana lebih banyak pendapatan berdasarkan pesanan yang mereka terima,ā€ katanya.

Kategori