Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kita Tunggu Kalau Benar...

PUTRAJAYA : Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tidak...

Wanita Didenda RM600 Cederakan...

KUALA LUMPUR - Gara-gara mencederakan ibunya selepas berlaku perselisihan faham, seorang wanita didenda...

PUNB Serah Zakat Perniagaan...

KUALA LUMPUR - Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) menyerahkan zakat perniagaan syarikat untuk...

Rakyat Yakin Malaysia Kembali...

KUALA LUMPUR - Rakyat kini yakin bahawa Malaysia akan menjadi negara yang disegani...

Guan Eng Nafi Hutang Langsung Kerajaan Mengatasi Sasaran

PUTRAJAYA – Dakwaan mengatakan jumlah bersih hutang langsung yang diterbitkan hari ini iaitu RM58 bilion telah mengatasi sasaran RM52 bilion untuk seluruh tahun 2019 adalah tidak berasas dan tidak benar. 

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, ini adalah kerana angka RM58 bilion tersebut gagal mengambil kira dua faktor utama.

Pertama dan terutama sekali, menurutnya, kerajaan menerbit dan menebus hutang dan sekuritinya secara teratur setiap tahun berdasarkan kepada jadual penerbitan dan penebusan hutang tahunan. 

“Untuk keseluruhan tahun ini, kerajaan merancang untuk menerbitkan sebanyak RM135.7 bilion hutang langsung kasar, sambil menebus semula hutang berjumlah RM83.3 bilion. 

“Daripada tebusan RM83.3 bilion tersebut, RM38.8 bilion telah ditebus dalam tempoh Januari hingga Ogos 2019, manakala RM44.5 bilion akan ditebus dalam tempoh September-Disember 2019,” katanya di sini hari ini.

Sehubungan itu, tambah Guan Eng, angka hutang langsung bersih yang dilihat dari sudut bulan-ke-bulan tanpa mengambil kira jadual penerbitan dan penebusan tahunan akan memberikan gambaran yang tidak tepat tentang paras hutang langsung kerajaan. 

“Perbuatan tersebut sengaja menyebabkan kekeliruan tentang situasi sebenar kewangan negara, memandangkan belanjawan kerajaan dilakukan secara tahunan bukan bulanan,” katanya.


Menurutnya, faktor kedua adalah nilai penerbitan dan penebusan sepanjang tahun adalah tidak sekata disebabkan oleh keperluan kerajaan untuk mengurus aliran tunainya dengan baik. 

Ujarnya, kerajaan sentiasa menerbitkan lebih banyak hutang dalam separuh tahun pertama berbanding separuh tahun kedua kerana pendapatan kerajaan sentiasa lebih rendah dalam separuh tahun pertama berbanding separuh tahun kedua. 

“Pada masa sama, penebusan hutang akan sering menjadi lebih tinggi dalam separuh tahun kedua apabila pendapatan kerajaan adalah tinggi,” katanya.

Sementara itu, jelasnya, Kerajaan Persekutuan akan menepati sasaran defisit fiskal 3.4 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini dan akan menerbitkan hutang langsung bersih sebanyak RM52 bilion untuk tujuan perbelanjaan pembangunan pada tahun ini.

Kategori