Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Bekas Mudir Tidak Mengaku...

BUTTERWORTH - Bekas mudir sebuah sekolah agama mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen...

Beri Keadilan Sewajarnya Terhadap...

KUALA LUMPUR - Siri serangan lelaki bersenjata di Paris pada Jumaat, yang mengorbankan...

‘Abang Fahmi’ Tumpas Dalam...

KUALA LUMPUR - Tindakan pantas polis Kuala Lumpur yang menyelesaikan kes samun bersenjata...

Mata Akim Ahmad Bengkak...

DUGAAN bulan Ramadan buat penyanyi terkenal, Akim Ahmad yang baru-baru ini dilaporkan bengkak...

Hampir 20,000 Rekod Perubatan Warga Malaysia Bocor

PETALING JAYA – Sebuah syarikat keselamatan Jerman menunjukkan ada kebocoran data melibatkan jutaan rekod perubatan yang boleh didapati dalam talian, termasuk hampir 20,000 rekod perubatan milik warga Malaysia.

Siasatan Greenbone Network, yang disiarkan pada 16 September, mengenalpasti 19,922 rekod data pesakit boleh diakses di tiga sistem arkib, bersama 1.2 juta imej-imej berkaitan.

Antara data peribadi yang dikenalpasti dalam kebocoran data itu adalah nama penuh pesakit, tarikh lahir dan tarikh pemeriksaan perubatan, dan juga imej-imej x-ray, imbasan tomografi berkomputer (CT) dan imbasan resonans magnetik (MRI).

“Jumlah kebocoran data tidak dilindungi milik pesakit yang tersedia di internet ini salah satu masalah data terbesar di seluruh dunia sehingga kini,” kata laporan Greenbone.

Greenbone memberi amaran individu yang dinamakan dalam kebocoran itu terdedah kepada pihak yang boleh menyalahgunakan maklumat peribadi itu untuk mengancam reputasi dan mencuri identiti.

Menurut laporan Greenbone, masalah itu dikenalpasti di 52 negara termasuk China, Australia, Jepun, United Kingdom, Rusia, Perancis, Amerika Syarikat, dan Brazil.


Amerika Syarikat berada teratas dengan 13.7 juta set data dan 45.8 juta imej dikenalpasti dalam kebocoran itu.

Sementara di United Kingdom pula, terdapat 1,500 rekod data pesakit dan 5,000 imej bocor.

FMT sedang mendapatkan komen Kementerian Kesihatan.

Kategori