Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

VIDEO: PM Sepanyol Ditumbuk...

MADRID - Perdana Menteri Sepanyol, Mariano Rajoy ditumbuk di muka oleh seorang lelaki...

Peminat DM Insta, Yuna...

SIAPA sangka hanya kerana kiriman direct message di laman Instagram, beban satu keluarga...

Syatilla ‘Ngeri’ Tinggal Anak...

IBU mana yang tidak bersikap terlajak protektif terhadap anak mereka, terutama sekali apabila...

Bekas MB Selangor Meninggal...

SHAH ALAM - Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Dr Abu Hassan Omar...

Harga Semua Produk Petroleum Kekal

PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON95 dan diesel masing- masing kekal pada paras RM2.08 dan RM2.18 seliter bagi tempoh bermula tengah malam ini sehingga 13 September depan. 

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, harga runcit petrol RON97 juga kekal pada kadar RM2.50 seliter untuk tempoh sama.

Menurutnya, berdasarkan pengiraan di bawah formula Mekanisme Harga Automatik, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh itu sepatutnya adalah sebanyak RM2.20 dan RM2.26 seliter.

“Tiada perubahan bagi harga runcit produk petrol RON95 manakala terdapat kenaikan bagi harga diesel yang berada pada paras RM2.23 minggu lepas.

“Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk dikekalkan pada paras RM2.08 dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat,” katanya di sini hari ini.


Sementara itu, Kementerian Kewangan berkata, anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan bagi tempoh berkenaan adalah berjumlah RM52.61 juta.

“Daripada jumlah itu, sebanyak RM41.49 juta subsidi diperuntukkan untuk produk RON95 manakala subsidi bagi diesel adalah RM11.12 juta,” katanya.

Kategori