Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Olaf Scooters – Beg...

Masihkah anda ingat dengan skuter lipat atau lebih dikenali dengan nama skuter tendang?Jika...

PH Berusaha Kotakan Manifesto...

KUALA PILAH - Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Datuk Seri Mukhriz Tun...

Agong Muncul Di Khalayak...

DAULAT TUANKU!... Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V hari ini berkenan menunaikan solat...

Rossi Juarai MotoGP Di...

PHILLIP ISLAND - Valentino Rossi dari Itali memenangi gelaran kali keenam, Grand Prix...

Harga Telur Mahal, Berapa Tahun Lagi Ayam Nak Sakit?

KUALA LUMPUR – Harga telur di ladang masih tinggi walaupun menteri yang berkaitan pernah mengumumkan bahawa ia akan turun sebanyak dua sen.

Sehubungan itu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan apakah alasan yang diberikan oleh menteri kenapa harga telur tinggi tahun lepas seperti penyakit ayam berjangkit masih valid.

“Berapa tahun lagi ayam nak sakit,” tanya Najib dalam hantaran di facebooknya.

Dalam hantaran itu Najib berkata, beliau mahu bercakap tentang isu asas untuk rakyat kerana beliau melihat tidak ada menteri yang bercakap tentang isu itu.

“Dalam satu sidang akhbar tahun lepas, Menteri PH pernah umum bahawa harga telur turun dua sen.

“Tapi hampir satu tahun kemudian, saya tengok harga telur masih tinggi.

“Ini data terbaru tentang harga telur di ladang yang diterbitkan oleh Jabatan Veterinar daripada menteri itu sendiri.

“Sebelum PRU14, harga telur di ladang untuk telur gred AAA adalah serendah 27 sen, harga gred C 24 sen dan gred E 21 sen.


“Malangnya, harga sekarang masih 40 sen untuk gred AAA, 37 sen untuk gred C dan Gred E 32 sen.

“Harganya masih 48 peratus, 54 peratus dan 52 peratus lebih tinggi masing-masing berbanding sebelum PRU14,” kata Najib.

Katanya, kalau harga dari ladang pun sudah tinggi apatah lagi harga runcit.

“Kalau makanan asas seperti telur pun tak dapat kawal, ada hati PH janji nak kawal harga barang lain.

“Mungkin sudah tiba masa untuk Menteri membuat satu lagi sidang akhbar bagi mengumumkan harga telur turun,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Kategori