Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pembangkang Guna Tun M...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Azalina Othman Said mendakwa bahawa Tun Dr Mahathir...

UiTM Nafi Mangsa Kelar...

SEPANG - Universiti Teknologi Mara (UiTM) hari ini menafikan dakwaan bahawa pelajarnya di...

SMK Maxwell KL Kini...

KUALA LUMPUR - Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Maxwell, di sini, kini...

Jacel Kiram: Tian Chua...

KUALA LUMPUR - Polis hari ini mengambil keterangan daripada Tian Chua berhubung pertemuan...

Ini ‘Show Terakhir’ Pesanan Mejar Zahir Kepada Ibu

KOTA KINABALU – ‘Show terakhir’ … ini merupakan pesanan teks terakhir yang dikirimkan melalui pesanan mesej ringkas, WhatsApp terakhir dihantar Allahyarham Mejar Zahir Armaya kepada ibunya.

Rusunjan Mohamad, 57 tahun dari Kampung Indai, Tuaran berkata itulah kali terakhir dia berhubung dengan anak sulungnya itu.

Jelas Rusunjan yang ditemui di perkarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Queen Elizabeth (HQE) berita mengenai anaknya terkorban amat mengejutkan mereka sekeluarga namun tetap redha dengan pemergian Allahyarham.

“Sebelum itu dia ada hantar WhatsApp, mengatakan ia ‘show’ terakhir,” katanya.Allahyarham Mejar Zahir, 36 tahun, didakwa tertembak oleh rakannya sendiri dalam jarak lingkungan lima meter.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Haris Ibrahim dalam kenyataan medianya sebentar tadi mengesahkan kejadian itu.

Beliau berkata, dalam kejadian jam 8.25 pagi mangsa ketika itu sedang melakukan acara persembahan tembak sempena Majlis Perbarisan Penubuhan Divisyen ke-5 Infantri Malaysia dan Briged ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi.


Sementara itu, Rusunjan mendedahkan jenazah anaknya akan dikebumikan di Perak, dan diterbangkan ke Semenanjung Malaysia pada malam ini.

“Kalau boleh dia dikebumikan di sini, tapi kami redha atas permintaan bini dia kan,” katanya sebak.

Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid As-Salam, Kem Lok Kawi, Putatan pada petang ini. Allahyarham akan dikebumi di Tanah Perkuburan Tambun, Perak tengah malam ini.

Untuk rekod, kes itu akan disiasat mengikut  Seksyen 304A Kanun Keseksaan. – Astro AWANI

Kategori