SHAH ALAM – Dakwaan semua sekolah termasuk swasta di Selangor akan ditutup selama dua hari bermula hari ini adalah palsu.
Jurucakap Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri berkata, kenyataan akhbar yang tular kononnya dikeluarkan pihak mereka kemungkinan telah disunting semula oleh pihak tidak bertanggungjawab.menggunakan kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu lalu.
“Kenyataan yang ditularkan itu adalah palsu dan telah disunting dari kenyataan dikeluarkan sebelum ini,” katanya ringkas ketika dihubungi di sini hari ini.
Dalam kenyataan tular itu menyatakan bahawa semua sekolah termasuk swasta di negeri ini ditutup selama dua hari mulai hari ini berikutan keadaan berjerebu yang kembali melanda beberapa dearah di negeri ini sejak beberapa hari lalu.
Terdahulu, Jabatan Pendidikan Selangor dalam satu kenyataan semalam memaklumkan sebanyak 57 sekolah akan ditutup esok berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di stesen Johan Setia, Klang mencatatkan bacaan 200.
Katanya, penutup itu membabitkan 68,025 pelajar di daerah Kuala Langat dan Klang.