Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Semua Kementerian Diminta Percepat...

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) – Setiap kementerian telah diminta untuk mempercepatkan projek...

Pengebom Stesen Tren Bawah...

NEW YORK - Seorang rakyat Bangladesh yang didakwa meletupkan sebutir bom, Disember tahun...

Tokan Dadah Dipenjara 30...

Tawau : Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun...

Emma Maembong ‘Tak Serius’...

SEBELUM ini Kamal Adli ada mengatakan bahawa dia sudah bersedia untuk berkahwin dengan...

Jerebu: Bacaan IPU Menunjukkan Penurunan 9 Pagi Ini

KUALA LUMPUR – Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh negara menunjukkan penurunan pada pukul 9 pagi ini berbanding 12 tengah malam tadi walaupun kualiti udara di sebahagian besar kawasan di Semenanjung masih dalam kategori tidak sihat.

Menurut Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Johan Setia, Klang di Selangor yang mencatatkan bacaan IPU sangat tidak sihat (203) pada pukul 3 petang semalam merekodkan bacaan lebih rendah (176) iaitu dalam kategori tidak sihat pagi ini.

Kualiti udara di semua kawasan di Sarawak bertambah baik dengan bacaan IPU pada tahap sederhana.

Kementerian Pendidikan dalam kenyataan semalam berkata semua sekolah dibuka seperti biasa hari ini dan sebarang perubahan atau maklumat terbaharu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya. 

Kategori