Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

PLUS Belanja RM1b Pada...

KUALA LUMPUR – PLUS Expressways Bhd membelanjakan RM1 bilion pada 2016 untuk menyelenggara...

Stereotaip Tentang LHDN Perlu...

Sebilangan orang kurang berminat mendengar perkataan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) kerana...

Muhyiddin Beri Bayangan PRU-15...

JOHOR BAHRU - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi bayangan Pilihan Raya Umum (PRU)...

10 Fakta Tentang Kapal...

TANGGAL 14 April 1912 iaitu kira-kira 103 tahun lalu, satu sejarah tersimpul dalam ingatan...

Jerebu, Gangguan Air, Rakyat Melaka Harap Hujan Berterusan

MELAKA – Rakyat Melaka berharap hujan akan turun secara berterusan di negeri ini bagi mengatasi masalah gangguan bekalan air dan jerebu yang melanda sejak seminggu lalu (14 September).

Pesara kerajaan, Zaidi Ahmad, 41 berharap agar hujan akan turun secara berterusan agar paras air di empangan meningkat dan seterusnya dapat menyelesaikan masalah gangguan bekalan air di negeri ini.

“Alhamduillah hujan akhirnya turun semalam .. sudah dekat dua minggu hujan tak turun, pak cik harap orang ramai  terus berdoa kepada tuhan agar Melaka terus dibasahi hujan, bila bangun pagi ini rasa segar sebab sudah lama tidak rasa cuaca segar macam ini,” katanya kepada pemberita ketika bersarapan di sebuah gerai di Bukit Katil hari ini.

Beliau berharap hujan yang turun bukan hanya dapat mengatasi masalah gangguan air tetapi turun sama mengurangkan jerebu yang melanda negara ini.

Turut berkongsi kegembiraan, peniaga makanan,  Nastasya Saffiya Abdullah, 30 menyifatkan bahawa  hujan yang diturunkan oleh Allah adalah rahmat kepada seluruh rakyat negeri ini berkat doa dari semua orang.

“Saya doakan agar hujan akan turun secara berterusan bagi mengakhiri kesusahan yang dialami oleh sebahagian rakyat Melaka yang terpaksa bersusah payah menunggu lori tangki air dan mengangkat baldi air akibat gangguan air sejak seminggu lalu,” katanya.


Menurut laman sosial Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) semalam  berharap  hujan akan turun secara berterusan sehingga mencapai paras air limpah bagi menyelesaikan masalah gangguan air di negeri ini.

“Harap rakyat Melaka terus berdoa mengikut kefahaman masing-masing agar hujan turun secara berterusan,” katanya.

Sementara itu, menurut Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) bagi Bandaraya Melaka 8.00 pagi ini mencatat 97 berbanding 132 pada pukul 9.00 malam tadi.

Kategori