Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

PAS Pahang Larang Ahli...

KUALA LUMPUR - PAS Pahang melarang semua ahlinya daripada terlibat dalam sebarang aktiviti...

AirAsia X Akan Terbang...

AIRASIA X Bhd, syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh terkemuka, akan memulakan penerbangan...

Sembilan Lemas Akibat Banjir...

SHAH ALAM : Angka terkini mangsa disahkan lemas akibat banjir di Shah Alam...

Dobi Layan Diri Jadi...

KOTA BHARU - Musim tengkujuh dengan hujan lebat yang berterusan di Kelantan sejak...

Jerebu: Riau Diisytihar Darurat, IPU Melebihi 500

JAKARTA – Provinsi Riau diisytiharkan berstatus darurat pencemaran udara berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah melebihi 500.

Gabernor Riau, Syamsuar menetapkan status darurat itu bermula semalam sehingga 31 Oktober ini, bergantung kepada keadaan semasa.

Memetik media tempatan, Syamsuar berkata, pemerintah Riau kini menyediakan tempat pemindahan sementara yang kondusif terutamanya untuk anak-anak dan wanita hamil.

Sementara itu Pengarah Education Malaysia di Indonesia (EMI), Prof. Madya Dr. Mior Harris Mior Harun, berlepas ke Pekanbaru pagi ini, bagi mendapatkan maklumat tepat berhubung keadaan pelajar Malaysia di provinsi itu.

Sejak 13 September lepas, kualiti udara di provinsi Riau dan Jambi dikategorikan sangat tidak sihat.

Pelajar Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim, Pekanbaru telah diarahkan bercuti sejak 13 September lepas. Terdapat seramai 214 pelajar Malaysia di universiti tersebut.


Manakala Universitas Islam Negeri Sultan Thaha Saifuddin di Jambi yang mempunyai 110 pelajar Malaysia juga dilaporkan telah diarahkan bercuti.

Difahamkan sejumlah pelajar telah pulang sementara ke Malaysia.

Difahamkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Wisma Putra dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan mengadakan perbincangan di Kuala Lumpur, bagi proses pemindahan pelajar Malaysia.

Kategori