Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Pertukaran Jawatan Babitkan Semua...

PUTRAJAYA - Rombakan dan pertukaran jawatan tidak hanya melibatkan jawatan ketua setiausaha sebaliknya...

Rakyat Malaysia Maut Dihentak...

DUA lelaki termasuk seorang rakyat Malaysia meninggal dunia manakala seorang lagi berada dalam...

Gerai Mi Tonggek ‘Ulat’...

PETALING JAYA – Sebuah gerai menjual mi tonggek di bazar Ramadan Putrajaya diarahkan...

Pasukan Petugas Siasat Kes...

SHAH ALAM – Polis Selangor telah menubuhkan pasukan petugas bagi menyiasat kes ugutan...

Jerebu: Semua Sekolah Di Putrajaya Masih Ditutup

PUTRAJAYA – Kesemua 25 sekolah di Putrajaya ditutup hari ini susulan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang memasuki tahap sangat tidak sihat pagi ini.

Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya, Farizah Ahmad berkata berdasarkan bacaan IPU yang telah mencecah 200 mulai 6 pagi ini, adalah dimaklumkan bahawa semua sekolah di Putrajaya ditutup hari ini.

Putrajaya hari ini mencatatkan trend bacaan IPU yang meningkat sejak pukul 3 pagi tadi iaitu 192 dan mencecah bacaan 202 pada 7 pagi.

Ini merupakan hari kedua sekolah-sekolah di Putrajaya ditutup berikutan jerebu yang melanda negara sejak 5 Sept lepas.

Kesemua 25 sekolah di Putrajaya ditutup semalam berikutan bacaan IPU mencapai tahap tidak sihat.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

Kategori