Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Sah 2 Rakyat Malaysia...

KUALA LUMPUR - Dua pengebom berani mati kumpulan militan Daesh yang dipercayai membunuh...

Orang Asli Pun Perlukan...

SANA sini sibuk bercerita tentang vaksin Covid-19. Yang sudah dapat suntikan gembira. Belum...

Khairy Tidak Berminat Pelawaan...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memberi gambaran bahawa...

UMNO, PAS Institusi Utama...

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU...

Jerebu: Siti Nurbaya Jangan Berada Dalam Penafian

KUALA LUMPUR – Menteri Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia, Dr. Siti Nurbaya Bakar tidak harus berada dalam penafian terhadap hakikat bahawa negaranya bertanggungjawab terhadap jerebu yang kini melanda Malaysia.

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin berkata, data dari Pusat Meteorologi Khusus Asean (ASMC) jelas menunjukkan bahawa negara jiran itu bertanggungjawab terhadap jerebu yang melanda negara pada masa ini.

“Biarkan data sendiri yang berkata-kata…Menteri Siti Nurbaya tidak harus berada dalam penafian,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuatkan dalam Facebook, Rabu.

Bee Yin juga memasukkan pautan ke ASMC di mana data terkini menunjukkan bahawa jumlah titik panas di Kalimantan adalah 474 dan Sumatera adalah 387 dan bertentangan dengan bilangan titik panas terkini di Malaysia, yang mencatatkan hanya tujuh.

“Data terbaru mengenai jumlah titik panas yang dicatatkan oleh ASMC: Kalimantan (474), Sumatera (387) berbanding Malaysia (7). Mengenai dakwaan Siti Nurbaya bahawa jerebu itu berasal dari Sarawak, hanya melihat pada arah angin. Bagaimana mungkin secara logik?” katanya.

Bee Yin berkata demikian berikutan kenyataan yang dikeluarkan oleh Siti Nurbaya seperti yang dilaporkan oleh media tempatan mengatakan bahawa Malaysia telah menghantar surat protes, menuduh Indonesia menyebabkan jerebu di Malaysia.


Menteri itu  juga dilaporkan menulis surat kepada Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Zainal Abidin Bakar yang meminta penjelasan mengenai perkara itu.

Menurut Siti Nurbaya, berdasarkan laporan dari Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Indonesia (BMKG), asap atau jerebu dari kebakaran di Kalimantan dikesan menyeberang ke Malaysia hanya satu jam pada 8 September.

“Asap (jerebu) yang masuk ke Malaysia, ke Kuala Lumpur, berasal dari Sarawak dan dari Semenanjung Malaysia, dan mungkin dari bahagian Kalimantan Barat. Jadi (Malaysia) harus objektif dalam menerangkannya, “ dakwa Siti Nurbaya.

Kategori