Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Suri Rumah Didakwa Bunuh,...

GEORGE TOWN - Seorang suri rumah dihadapkan ke Mahkamah Majistret dan Sesyen di...

“Pakcik Buta, Sebab Tu...

TIDAK semua orang bernasib baik dalam kehidupan. Kita mungkin rasa kita susah, tapi...

Mubarak Ulangi Pendirian Mahu...

KUALA LUMPUR - Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) mengulangi pendirian mahu Akta Hasutan...

M’sia Berjaya Pamer Kepimpinan...

PUTRAJAYA - Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2015 telah berjaya menunjukkan kepimpinan semasa penganjuran...

Jho Low Sudah Terlibat Awal Sejak Dengan TIA

KUALA LUMPUR – Seorang bekas pegawai khas, Datuk Seri Najib Tun Razak mengetahui bahawa ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low terlibat sejak awal dalam projek Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA).

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Datuk Amhari Efendi Nazarudin, 43, ketika memberi keterangan di Mahmamah Tinggi di sini dalam perbicaraan hari kelapan hari ini melibatkan bekas Perdana Menteri yang didakwa atas 25 pertuduhan salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram.

Bagaimanapun, dalam pemeriksaan balas oleh peguam bela Datuk Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib, saksi memaklumkan beliau tidak mengetahui ‘punca’ idea penubuhan TIA.

Muhammad Shafee: Kamu tahu idea siapa untuk menubuhkan TIA atau 1MDB?

Amhari: Saya tidak tahu

Muhammad Shafee: Saya cadangkan ia adalah idea bekas Yang Di-pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin?

Amhari: Saya tidak tahu

Sementara itu, saksi kelapan itu berkata, TIA yang kemudiannya menjadi 1Malaysia Developement Berhad (1MDB) merupakan ‘baby’ kepada Ahli Parlimen Pekan itu.


Beliau berkata, ‘baby’ dalam konteks ini adalah sesuatu yang penting.

“Ketika itu, Najib dikatakan bakal menjadi Perdana Menteri dan ‘baby’ bermakna sesuatu yang beliau mahu bawa ketika memegang jawatan itu kelak.

“Bagi saya ‘baby’ dalam konteks ini tertumpu kepada perkara yang rapat dengannya (Najib) seperti 1MDB atau dasar…sesuatu yang penting,” katanya.

Pada 20 September 2018, Najib mengaku tidak bersalah atas 21 pertuduhan membabitkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu menerima, memindahkan dan membayar jumlah sama hasil daripada aktiviti haram.

Beliau juga didakwa atas empat pertuduhan salah guna kedudukan sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion.

Perbicaraan sesi soal balas terhadap Amhari Efendi masih berlangsung di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah. – UTUSAN ONLINE

Kategori