Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Jangan Percaya, Whatapps Kononnya...

HEBOH sejak semalam kononnya menerusi akaun Whatsapp Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib...

Pakatan Harapan Mahu Halalkan...

KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan...

Baby Terlajak Laris Anak...

SEMALAM kecoh laman Instagram apabila pengasas produk D'herbs, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman memuat...

Tiada Keperluan Gugur Exco...

PETALING JAYA - Ketua Menteri, Adly Zahari berkata tiada keperluan bagi menggugurkan Exco...

Jumlah Korban Gempa Bumi Pakistan Meningkat 22 Orang

MIRPUR – Jumlah korban gempa 5.8 magnitud di timur laut Pakistan, hari ini, meningkat kepada 22 orang dengan lebih 300 mangsa lagi cedera, kata pegawai kanan polis negara itu.

Rakaman televisyen menunjukkan beberapa kenderaan terperangkap dalam rekahan besar pada jalan serta sebuah trak dan bas tersadai.

“Sekurang-kurangnya 22 maut dan lebih 300 mangsa cedera,” kata Timbalan Inspektor Jeneral Polis di Mirpur, Sardar Gulfaraz.

“Keadaan kini terkawal,” kata pengerusi Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Nasional, Leftenan Jeneral Mohammad Afzal.

“Infrastruktur di kawasan ini sudah musnah,” kata Perdana Menteri wilayah Kashmir Pakistan, Raja Farooq Haider Khan.


Menurut seorang penduduk Mirpur yang tinggal berhampiran hospital, Naeem Chughtai banyak jalan, menara telekomunikasi dan pencawang elektrik rosak teruk.

Difahamkan, gegaran gempa itu dapat dirasakan sejauh New Delhi dengan laman berita Press Trust of India melaporkan penduduk panik berlari keluar rumah dan pejabat di banyak tempat termasuk Rajastan, Punjab dan Haryana. – Agensi

Kategori