Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Lebih Banyak Projek Kerajaan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kerja Raya menyasarkan lebih banyak projek kerajaan menggunakan teknologi...

Lelaki Patah Kaki Dirempuh...

KUALA LUMPUR - Malang berganda buat seorang penunggang motosikal apabila mangsa bukan saja...

Usaha TH Atasi Jemaah...

MAKKAH - Usaha Lembaga Tabung Haji (TH) menambahbaik perkhidmatan urusan ibadah haji, terutama...

Jualan Arak: Kes Saman...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 24 Januari untuk keputusan kes...

Kadar Baharu Tarif Air Mungkin Diumum Hujung Tahun

KUALA LANGAT – Kadar baharu tarif air bagi semua negeri kemungkinan diumumkan hujung tahun ini.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. Xavier Jayakumar berkata, bagaimanapun perkara itu akan dibawa kepada Jemaah Menteri terlebih dahulu untuk dibincangkan.

“Setelah Jemaah Menteri bersetuju dengan kadar baharu ini baru saya akan umumkan kenaikan bagi setiap negeri, kemungkinan pada hujung tahun ini, tetapi saya tidak boleh janji apa-apa,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelepasan Larian Keamanan 2019 di Dataran Pantai Morib di sini hari ini.

Turut hadir Setiausaha Agung Persatuan Soka Gakkai Malaysia (SGM), Lok Chee Khong dan Ahli Dewan Undangan Negeri Morib, Hasnul Baharuddin.

Seramai 1,500 peserta menyertai larian berkenaan yang pertama kali diadakan di luar Klang sejak ia dianjurkan oleh SGM pada 2005.


Ditanya mengenai peratusan kenaikan tarif air itu, Xavier berkata, pihaknya akan memastikan kenaikan itu kelak tidak membebankan rakyat.

“Kita faham situasi rakyat, tetapi pada masa sama yang rakyat perlu faham bahawa industri air sudah lama tidak ada perubahan dan ia memerlukan modal operasi yang besar,” katanya.

Kategori