Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Tunku Mahkota Ismail Garis...

KUALA LUMPUR : Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) skuad Harimau Malaya jelas bukanlah individu...

MACA Bersedia Jadi Hab...

KUALA LUMPUR - Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) bersedia menjadi hab latihan kepimpinan...

Tarikh Akhir Rayuan BR1M...

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju melanjutkan tarikh akhir tempoh rayuan Bantuan Rakyat 1Malaysia...

Presiden Halimah Tetap Setia...

PELANTIKAN bekas speaker Parlimen, Halimah Yacob sebagai Presiden Singapura yang kelapan dan julung...

Kandungan Surat Sebut Menteri Kewangan Setuju – Ka Siong

KUALA LUMPUR – Lim Guan Eng yang mengesahkan tidak menandatangani surat lantikan bagi sebuah projek bernilai RM450 juta dipersoalkan kerana perenggan kedua surat berkenaan secara jelas menyatakan ia dipersetujui oleh Menteri Kewangan.

Soal Presiden MCA, jika Menteri Kewangan tidak mengetahui tentang surat ini maka beliau harus segera membuat laporan polis atau melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana kerana ia adalah salah laku urus dan penyalahgunaan kuasa yang serius.

Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, jika Menteri Kewangan tidak membuat sebarang laporan, sangat sukar bagi Guan Eng untuk meyakinkan orang ramai dan terus memimpin.

“Atau adakah dia tidak memberitahu perkara yang sebenar?” tebak Ka Siong.

Surat bertarikh 26 Julai 2019 itu menggunakan kepala surat Kementerian Kewangan dan ditandatangani oleh Datuk Zamzuri Abdul Aziz dari Jabatan Perolehan Kerajaan bagi pihak Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

Surat berkenaan didakwa merujuk kepada sepucuk surat yang telah dihantar oleh Perdana Menteri bertarikh 9 Julai 2019.


Ia berhubung sebuah projek reka dan bina Bangunan Gunasama Persekutuan bernilai RM450 juta di Tunjong, Kelantan.

Ahli Parlimen Ayer Hitam itu berkata, bagi mereka yang biasa dengan prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kewangan pasti memahami ia adalah prosedur biasa apabila surat itu ditandatangani oleh pegawai kanan Bahagian Perolehan Kerajaan dengan gelaran Datuk, bagi pihak Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan.

“Adakah Lim Guan Eng sekali lagi akan menyalahkan media kononnya menyiarkan laporan palsu? Atau adakah dia akan menyalahkan kerajaan terdahulu untuk melaksanakan sistem rundingan terus?

“Dan adakah dia juga mahu menafikan atau tidak mengetahui tentang kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Menteri, Amiruddin di Parlimen pada 30 Oktober tahun lepas bahawa di bawah lima syarat, rundingan terus akan dibenarkan?” soal Ka Siong lagi. – MalaysiaGazette

Kategori