Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Skuad Ragbi Malaysia Lakar...

PETALING JAYA – Sejarah tercipta dalam arena sukan ragbi negara apabila Malaysia buat...

Kit Siang Tak Setaraf...

KUALA LUMPUR - Kedudukan Lim Kit Siang tidak setaraf dengan Perdana Menteri Datuk...

Tambahan RM1.1 Bilion Dana...

KUALA LUMPUR - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dana pembiayaan mikrokredit akan ditambah...

Empat Sekeluarga Antara 55...

KOTA BHARU - Empat sekeluarga antara 55 yang ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)...

Kempen BMF Boleh Makan Diri Pengusaha Melayu

KUALA LUMPUR – Kempen pengguna mengutamakan produk keluaran Muslim (BMF) yang sedang digerakkan di seluruh negara boleh memakan diri pengusaha Islam sendiri, kata bekas menteri kewangan II, Johari Abdul Ghani.

Tegas beliau, perniagaan merupakan satu bidang yang luas dan pengguna seharusnya mengutamakan aspek halal dalam pembelian setiap barangan dan produk.

“Perniagaan ini universal, bermaksud ia tidak mengira warna kulit, sama ada Melayu, Cina atau India. Tetapi yang membezakan setiap produk adalah sama ada ia halal atau tidak halal.

“Kalau bercerita pasal kempen beli produk Muslim, masalahnya apakah wujud sistem yang boleh semak sama ada ia produk Muslim atau bukan,” katanya dalam forum Cabaran Dasar Ekonomi Baru pada Era Malaysia Baru, di PWTC, hari ini.

Baru-baru ini beberapa persatuan pengguna dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam menggesa pengguna Muslim mengutamakan barangan buatan pengeluar beragama Islam, berbanding produk keluaran bukan Islam.

Kempen tersebut mendapat tentangan pihak tertentu. Kabinet juga menggalakkan orang ramai membeli barang buatan Malaysia.

Mengambil contoh produk keluaran syarikat Nestle dan Dutch Lady, Johari berkata, walaupun ia bukan produk keluarkan orang Islam atau Bumiputera, namun ia merupakan produk berkualiti, halal dan diiktiraf pihak berkuasa termasuk Jakim.

“Banyak rumah yang ada barangan keluaran syarikat ini. Macam Nestle, ia dibuat oleh orang luar, tetapi proses pembuatannya halal dan produknya juga kompetitif.


“Jika kita sekadar main retorik, maka kita boleh berada dalam dunia perniagaan,” katanya.

Johari berkata, terdapat keadaan di mana pengusaha Melayu mencari pelabur dari kalangan kaum Cina untuk mengembangkan perniagaan dengan memberikan sebahagian saham syarikat sebagai cagaran.

“Contoh orang Melayu ini buka kilang, dia hendak besarkan kilang, pinjam duit dengan taukeh Cina. Tetapi oleh kerana dia pinjam dengan Cina, taukeh cakap pasal sekuriti bagi saham 51 peratus sehingga bayar habis hutang.

“Orang ini sebenarnya jual produk Muslim, tetapi jika kita hanya lihat berdasarkan struktur pegangan saham, semua orang akan boikot dia. Sebab itu kita kena hati-hati, jangan sampai makan diri.

“Berapa banyak syarikat kita dimanipulasi dari segi pegangan saham. Sebab itu saya takut nanti orang Islam yang betul-betul tulen produk dia, kena sabotaj sebab,” katanya beliau.

UMNO dan PAS yang menyokong kempen tersebut sebelum ini berkata, ia perlu dilihat secara positif sebagai satu usaha untuk memperkukuh ekonomi orang Islam dan Bumiputera. – FMT

Kategori