Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tomok Join Bisnes, Buka...

ARTIS dan bidang perniagaan tidak dapat dipisahkan.  Jika kebanyakan artis lebih berminat menceburkan...

Ibu Bapa & Sekolah...

LABUAN - Kerjasama erat antara pihak sekolah dan ibu bapa serta pemantauan rapat...

Pengarah JAIPs Dilibas Pedang...

PENGARAH Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) berdepan detik cemas dilibas pedang...

PAS Kuala Kangsar Desak...

KUALA LUMPUR - PAS Kuala Kangsar memohon supaya semua wakil parti itu dalam...

Keputusan Dulu Hanya Tukar Fungsi, Bukan Tutup – Mahdzir

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mahdzir Khalid hairan macam mana Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik boleh menyatakan polisi kerajaan terdahulu hendak menutup 21 daripada 27 Institut Pendidikan Guru (IPG).

Beliau yang merupakan bekas Menteri Pendidikan berkata, keputusan yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini ialah hanya 11 IPG akan bertukar fungsi kepada Kolej Vokasional, Politeknik dan Permata Pintar.

“IPG tidak pernah ditutup, tetapi bertukar fungsi. Itu pun melibatkan hanya 11 IPG. Boleh rujuk kenyataan pernah dibuat oleh Ketua Pendidikan Malaysia pada tahun 2016.

“Macam mana Dr. Maszlee boleh sebut polisi kerajaan terdahulu nak tutup 21 IPG daripada 27 IPG,” katanya menerusi hantaran Facebook beliau hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Dr. Maszlee hari ini yang dilaporkan berkata, isu cadangan penutupan IPG di seluruh negara bermula tahun depan tidak berhubung kait dengan kerajaan sekarang dan ia polisi kerajaan terdahulu.

Beliau berkata, sewajarnya sebarang kenyataan berkaitan status IPG dirujuk serta mendapatkan penjelasan daripada pihak kementerian terlebih dahulu sebelum sebarang maklumat disebarkan.

“Laporan itu tidak benar dan merupakan keputusan kerajaan lama, bukan kerajaan sekarang, kita minta supaya pihak yang mengeluarkan kenyataan tersebut seharusnya merujuk kepada kita dulu sebelum mengeluarkan kenyataan tidak benar,” katanya Dr. Maszlee.

Menurut Mahdzir, kementeriannya ada mengeluarkan kenyataan balas bertarikh 29 Oktober 2016 untuk memperbetulkan kekeliruan yang timbul mengenai status IPG susulan pembentangan Bajet 2017.


Menurut kenyataan itu, terdapat 27 kampus IPG di seluruh negara dan sembilan daripadanya akan ditukar kepada Kolej Vokasional atau Politeknik selaras dengan perkembangan serta keperluan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

IPG yang terlibat belum dimuktamadkan dan perbincangan sedang dijalankan terutama mengenai keperluan mengikut lokasi.

Selain itu, dua daripada 27 IPG akan dijadikan Pusat Permata seperti diumumkan (bekas) Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2017, iaitu IPG Kampus Raja Melewar, Negeri Sembilan dan IPG Kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang.

Dalam pada itu, kementerian yakin 16 IPG di seluruh negara yang tidak ditukar kepada Kolej Vokasional, Politeknik atau Pusat Permata mampu menampung keperluan baharu ambilan latihan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP).

Mulai 2017, trend pengambilan guru pelatih untuk PISMP akan stabil pada unjuran 1,600 orang dan pengambilan itu diselaraskan dengan jumlah kekosongan kerana persaraan dan permintaan guru baharu bagi mengelak wujudnya lambakan guru. – MalaysiaGazette

Kategori