Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

PRN Johor: SOP Berkempen...

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin menyarankan...

Najib Menawarkan Bantuan Peralihan...

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menawarkan bantuan peralihan kuasa kepada...

Serangan Udara Bunuh 55...

KABUL - Kira-kira 55 militan terbunuh dalam serangan udara yang dilancarkan tentera Afghanistan...

Tiada Lagi Keperluan Tubuh...

KUALA LUMPUR - Isu penubuhan tribunal bagi menyiasat dakwaan salah laku Suruhanjaya Pilihan...

Kerajaan Beri Jaminan Kampung Baru Kekal Milik Bumiputera

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan kawasan Kampung Baru akan kekal 100 peratus milik Bumiputera menerusi pelan pembangunan semula Kampung Baru yang akan dibangunkan kelak.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Sosio Ekonomi) Kementerian Wilayah Persekutuan, Rosida Jaafar berkata fitnah dan dakyah yang cuba ditimbulkan segelintir pihak apabila kerajaan menghidupkan cadangan pembangunan semula Kampung Baru secara bersepadu adalah tidak tepat.

“Model pembangunan telah siap dan kami mahukan persetujuan 100 peratus daripada penduduk. Jadi saya alu-alukan kedatangan pada sesi ‘townhall’ bersama penduduk 21 September ini yang akan diadakan di Dewan Perdana Felda.

“Setelah bertahun kerajaan cuba bangunkan Kampung Baru, maka pada sesi itu, kami akan selesaikan mengenai isu harta pusaka dan pemilikan,” katanya pada program Ruang Bicara di Bernama News Channel di sini malam tadi.

Beliau berkata pada sesi itu segala persoalan berbangkit akan diselesaikan sekali gus menepis segala usaha membantutkan pelan pembangunan semula Kampung Baru.


“Inilah masa penduduk Kampung Baru perlu bersetuju untuk bangunkan kawasan itu bersama kerajaan, dan saya pasti pelabur asing akan berminat untuk melabur.

“Jangan takut mengenai isu pemilikan kerana ia tetap milik penduduk hanya modal sahaja dari orang luar. Pembangunan ini akan dinikmati bersama,” katanya.

Menurutnya, objektif utama sesi pertemuan itu diatur bertujuan mendapatkan maklum balas, persetujuan dan pandangan serta mengetahui apa yang diinginkan pemilik dan pewaris berhubung pembangunan di kawasan itu.

Kategori