Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pusat Hiburan Tawar GRO...

SERDANG – Bukan sahaja boleh mendapat layanan mesra ketika menikmati minuman keras, pengunjung...

Keseronokan 4 Pelajar Kutip...

DUNGUN - Keseronokan empat pelajar tingkatan lima menghabiskan cuti persekolahan dengan mencari kerang...

Jerebu: Shah Alam Catat...

PETALING JAYA - Keadaan jerebu semakin teruk pada pagi Rabu dengan Shah Alam...

Antara Rafizi Mastika Dan...

Seorang netizen meninggalkan komen membaca kenyataan bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan...

Kerajaan Jamin Tidak Beri Kerakyatan Warga Asing Beli Rumah

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan tidak memberikan status kewarganegaraan kepada rakyat asing yang membeli rumah mewah tidak terjual menerusi program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H).

Sebaliknya, Timbalan Perdana Menteri, Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, kerajaan hanya bercadang menawarkan visa selama 10 tahun kepada bakal pembeli mengikut syarat tertentu.

“Tidak ada pemberian MyKad atau dokumen Penduduk Tetap (PR) yang dijanjikan, hanya visa selama 10 tahun. Perkara ini akan dibincang di peringkat Kabinet.

“Bagaimanapun, warga asing berkenaan mesti mempunyai ‘liquid asset’ supaya dapat memberi sumbangan kepada negara,” katanya dengan menambah bahawa kempen pemilikan rumah itu adalah terbuka dan tidak terhad kepada warga China dan Hong Kong sahaja.

Timbalan perdana menteri berkata demikian selepas melawat dan menyampaikan sumbangan RM5,000 kepada balu Mohd Zahir Armaya, Nour Shafinar Harun di Kem Wardieburn di sini, hari ini.

Allahyarham Mohd Zahir yang juga anak kepada seniman terkenal AR Badul meninggal dunia selepas terkena tembakan dalam satu demonstrasi sempena penubuhan 5 Divisyen di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah pada 4 Sept lepas.

Wan Azizah berkata demikian bagi mengulas kebimbangan orang ramai terhadap kemungkinan status kewarganegaraan diberi kepada warga asing yang membeli rumah mewah tidak terjual menerusi program MM2H.

Baru-baru ini Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin mencadangkan penganjuran MM2H kepada pembeli warga asing bagi menyelesaikan isu lambakan rumah mewah tidak terjual sebagai sebahagian daripada usaha untuk memulihkan ekonomi negara.


Dalam perkembangan lain, Wan Azizah yang juga menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat berkata, tujuh negeri tidak bersetuju menaikkan had umur perkahwinan kepada 18 tahun.

Negeri terbabit adalah Sarawak, Pahang Terengganu, Perlis, Negeri Sembilan, Kedah dan Kelantan, katanya.

Menerusi mesyuarat menteri besar dan ketua menteri Oktober lepas, kerajaan menetapkan had umur perkahwinan kepada 18 tahun bagi bukan Islam dan Islam, lelaki serta perempuan di semua negeri.

Wan Azizah berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang meminda Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) untuk menaikkan had umur perkahwinan kepada 18 tahun bagi perempuan.

“Permohonan perkahwinan bawah umur di bawah Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta 164) pula diperketat melalui pewujudan prosedur operasi standard (SOP) perkahwinan bawah umur yang mengambil kira aspek sosial dan kesihatan pemohon,” katanya.

Menurut Wan Azizah, Jakim juga sedang membuat penyelarasan dengan negeri berhubung enakmen undang-undang keluarga Islam.

Kategori