Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Hampir 23 Juta Dos...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 22,646,581 dos vaksin Covid-19 diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19...

Pengering Rambut ‘Kejutkan’ Kucing...

MONTANA - Seekor kucing betina bernasib baik apabila masih bernyawa meskipun seluruh badannya...

Isteri Direman Bantu Siasat...

MUAR — Polis hari ini mendapatkan perintah mahkamah untuk mereman seorang wanita muda...

Jerebu: Nelayan Muar Dalam...

MUAR - Sejak jerebu teruk melanda negara termasuk daerah ini, lebih 1,000 nelayan...

Kumpulan Bank Pertahan Caj 50 Sen, Galak E-Banking

GEORGE TOWN – Kumpulan mewakili 26 bank perdagangan mempertahankan bayaran transaksi bagi mesin deposit tunai, selepas caj itu dikritik Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).

Persatuan Bank-bank Dalam Malaysia (ABM) berkata bayaran itu untuk mendorong pelanggan menggunakan platform perbankan dalam talian.

Ia juga berkata bayaran RM2 tidak dikenakan ke atas pelanggan yang berusia 65 tahun dan orang kurang upaya yang menggunakan perkhidmatan kaunter.

“Bagi mengalakkan pelanggan beralih daripada tunai kepada e-bayaran, beberapa bank kami mengenakan bayaran untuk cek dan bayaran tunai untuk pembayaran kad kredit dan pembiayaan yang dilakukan di kaunter (melalui juruwang di cawangan bank) dan melalui mesin deposit tunai.

“Bayaran itu boleh didebit daripada kad kredit anda dan/atau akaun pembiayaan,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, CAP membantah bank mengenakan bayaran transaksi 50 sen bagi mesin pengeluaran tunai (CRM) dan mesin deposit cek (CQM) dan RM2 bagi bayaran transaksi di kaunter, mulai bulan depan.

“Kami menulis kepada BNM untuk menyatakan bantahan…serta mempersoalkan kenapa mereka membenarkan bayaran ini.


“Kita hanya boleh menganggap kegagalan memberi jawapan itu membawa maksud persetujuan secara diam-diam terhadap dasar baharu bank ini untuk mendapatkan keuntungan daripada pelanggan,” kata presidennya, Mohideen Abdul Kader.

ABM berkata transaksi elektrik masa depan perbankan dan juga menjimatkan kos.

“Selaras dengan rasional itu, industri perbankan telah menyediakan prasarana dan sistem yang diperlukan untuk memudahkan e-bayaran,” tambahnya.

ABM berkata kebanyakan bank tidak mengenakan bayaran ke atas pelanggan bagi pembayaran bil dan pemindahan wang sama ada secara dalam talian atau melalui ATM. – FMT

Kategori