Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

RUU Majlis Media Akan...

PARLIMEN l Kerajaan bercadang untuk memasukkan mekanisme aduan dalam draf rang undang-undang (RUU)...

Bayi Kudung Semua Anggota...

FLORENCE - Seorang bayi lelaki yang dilahirkan tanpa kedua-dua tangan dan kaki kini...

Polis Halang Kumpulan Pemantau...

KUALA LUMPUR - Polis menghalang kira-kira 50 individu yang menyertai perhimpunan anjuran kumpulan...

Wajibkan Pengawasan Tetap Tangani...

KUALA LUMPUR - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan mewajibkan aspek pengawasan tetap...

Mahasiswa Bantah Gabung UMT Dan UniSZA

KUALA TERENGGANU – Seramai 1,000 mahasiswa Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mengadakan solidariti membantah cadangan gabungan universiti itu dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Himpunan anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dengan kerjasama Kesatuan Alumni MPP UMT itu berlangsung selama lebih satu jam bermula jam 5.30 petang tadi.

Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMT, Hasyimi Hasyim Mohd Suddin, 22, berkata, bantahan secara aman itu diadakan bagi menolak cadangan penggabungan itu.

“Kami menuntut penjelasan daripada pihak Kementerian Pendidikan (KPM) berhubung cadangan itu.

“Kami juga akan menghantar petisyen bantahan kepada KPM berhubung bantahan penggabungan dua universiti ini,” katanya ketika ditemui selepas Himpunan Tolak Penggabungan UMT-UniSZA di Dewan Sultan Mizan, UMT di sini hari ini.

Sementara itu, Naib Yang Dipertua 1, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMT, Nur Ainaa’ Meor Ahmad Nazizan, 22, berkata, himpunan itu diadakan bagi menyatakan pendirian 10,000 mahasiswa universiti itu serta seluruh kakitangan UMT.

Katanya, penolakan gabungan dua universiti itu dibuat bagi mengekalkan fokus kedua-dua universiti.


“UMT terkenal dengan kepakaran dalam bidang maritim manakala UniSZA mempunyai kepakaran tersendiri.

“Kami khuatir dengan penggabungan ini, indentiti dan fokus universiti ini akan hilang begitu sahaja,” katanya.

Katanya, setakat ini pihaknya telah mengumpul 9,000 pungutan suara bantahan secara dalam talian (online).

“Petisyen yang dibuka secara online sejak Isnin lalu itu telah ditandatangani 9,000 pelajar UMT,” katanya.

Kategori