Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Hasrat Gadis 14 tahun...

Seorang gadis Muslim berharap untuk menjadi penari Balet Profesional pertama yang memakai hijab.Stephanie...

1,300 Anggota UKP memadai...

KOTA KINABALU - Keanggotaan sebanyak 1,300 Unit Kawalan dan Pencegahan (UKP) sudah memadai...

Polis Buru Pemandu Proton...

SEREMBAN - Polis meminta pemandu atau pemilik Proton Waja WMT 1812 hadir di...

200,000 Rakyat Miskin Tegar...

PUTRAJAYA - Seramai 200,000 penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dikategorikan sebagai miskin...

Mahathir Perlu Minta Maaf Dengan PAS Isu Memali

KUALA LUMPUR – UMNO mengingatkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya meminta maaf terlebih dahulu kepada PAS berhubung tragedi berdarah Memali pada 1985 sebelum mendesak parti Islam untuk menarik balik kenyataan yang melabelkan UMNO sebagai kafir sebelum piagam kerjasama UMNO dan PAS dimeterai.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, gesaan Perdana Menteri itu bukan lagi isu kepada UMNO dan perkara tersebut tidak perlu dikenang lagi.

“Apa sahaja yang berlaku antara UMNO dan PAS sebelum ini, biarlah berlalu. Sekarang kita tumpu kepada agenda dua parti terbesar Melayu, Islam untuk membina semula ummah, jadi perkara ini (kafir) bukan lagi isu.

“PAS pun boleh refresh peristiwa yang terjadi sewaktu Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri keempat kerana sehingga hari ini beliau tidak pernah meminta maaf kepada PAS susulan tragedi Memali,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas mesyuarat Exco Pemuda UMNO di Menara Datuk Onn di sini hari ini.

Asyraf berkata, Dr. Mahathir perlu bertanggungjawab atas peristiwa berdarah tersebut kerana insiden tersebut berlaku sewaktu era pentadbirannya.

“Peristiwa Memali melibatkan kehilangan nyawa ahli-ahli PAS. Sebab itu saya sarankan sebelum Dr. Mahathir minta maaf, lebih baik jika beliau sendiri membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung peristiwa tersebut kerana beliau Perdana Menteri waktu itu,” katanya.


Asyraf Wajdi berkata, UMNO hari ini patut rasa beruntung kerana Dr. Mahathir bukan lagi presiden parti itu.

Peristiwa Memali yang berlaku di Kampung Memali, Baling, Kedah, pada 19 November 1985 menyaksikan pertempuran anggota keselamatan dengan penduduk kampung dan pengikut Ibrahim Libya sehingga mengorbankan Ibrahim dan 17 yang lain termasuk empat anggota polis, selain berpuluh-puluh cedera serta beratus-ratus orang ditahan.

Pertempuran itu berlaku dalam Operasi Angkara bagi menahan Ibrahim yang dianggap mengancam keselamatan negara dengan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri ketika itu, Tun Musa Hitam didakwa bertanggungjawab terhadap operasi itu. – Sinar Harian

Kategori