Friday, November 29, 2024

Creating liberating content

Singa ‘Tunggang’ Zirafah Di...

HOEDSPRUIT - Seekor singa betina dirakam seolah-olah menunggang zirafah dalam satu kejadian di...

Lelaki ‘Gemukkan’ Kekasih Elak...

CHINA – Bimbang kekasihnya menjadi rebutan lelaki lain, seorang lelaki bertindak `menggemukkan’ wanita...

Akhirnya White House Respons...

WASHINGTON DC – Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama lewat Khamis mula...

Seludup: Nelayan Disaran Jadi...

TANJUNG DAWAI - Golongan nelayan disaran menjadi 'mata dan telinga' Jabatan Kastam Diraja...

Malaysia Benam Indonesia 3-2

KUALA LUMPUR – Malaysia bangkit daripada ketinggalan dua kali dan berjaya menewaskan Indonesia 3-2 pada aksi sulung pusingan kedua Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta, sebentar tadi.

Kemenangan itu sekali gus menamatkan kemarau kemenangan selama 15 tahun di stadium keramat skuad Garuda itu sejak 2004.

Mohamadou Sumareh muncul wira apabila meledak gol kemenangan pada masa kecederaan (minit ke-90+7) untuk memberikan tiga mata berharga kepada skuad Harimau Malaya.

Sumareh turut menjaringkan gol pertama Malaysia pada minit ke-37, manakala gol kedua melalui  Muhammad Syafiq Ahmad pada minit ke-66, sementara gol Indonesia menerusi Alberto Goncalves pada minit ke-12 dan 39.

Kali terakhir skuad Harimau Malaya meraih kemenangan di gelanggang itu ialah pada 28 Disember 2004 apabila menumpaskan Indonesia 2-1 pada peringkat separuh akhir Piala AFF.

Selain Indonesia, Malaysia turut diundi bersama Vietnam, Thailand dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam Kumpulan G.

Kategori