KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik akan kekal di portfolio sekarang dan tiada sebarang rombakan Kabinet buat masa ini, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Mengakui sistem pendidikan memerlukan perubahan yang radikal, namun menurut Dr. Mahathir, ia tidak semestinya dilakukan dengan melantik menteri pendidikan yang baharu.
Katanya, pemerhatiannya mendapati berlaku ketidakseragaman dari sudut kualiti di sebalik peningkatan jumlah guru dan murid di negara ini.
āAda sekolah yang bagus dan ada yang tidak, ini mungkin disebabkan kualiti guru yang berbeza.
āKita mahu guru yang terbaik ini merekodkan pengajaran mereka supaya dapat digunakan oleh guru-guru lain dengan cara memancarkannya di skrin misalnya kursus bahasa yang disediakan oleh mereka yang pakar dalam bidang tersebut,ā katanya dalam temubual bersama BFM hari ini.
Dr. Mahathir ditanya mengenai kebimbangan banyak pihak tentang sistem pendidikan negara yang dilihat menuntut perubahan.
Ditanya sama ada Maszlee akan diganti dengan calon lain, Dr. Mahathir menjawab: “Tidak.ā
Jawapan yang sama juga diterima apabila beliau diajukan soalan tentang kemungkinan akan berlakunya rombakan Kabinet.
Katanya, jika mahu diganti dengan calon lain, mereka juga hanya mempunyai pengalaman setahun dalam Kabinet, tentunya akan memgambil masa untuk menyesuaikan diri dengan tugas baharu.
āMenteri baru tidak semestinya lebih baik, sebagaimana yang kita telah lihat perdana menteri baharu pun tidak semestinya perdana menteri yang bagus,ā katanya.
Ditanya kemungkinan bakal penggantinya kelak melakukan rombakan Kabinet, Dr. Mahathir berkata, perkara itu mungkin berlaku kerana perdana menteri seterusnya pasti mahukan Kabinet sendiri.
Bagaimanapun, beliau berpandangan melakukan rombakan Kabinet hanya akan mewujudkan lebih banyak masalah berbanding mengatasinya.
āSaya begitu cenderung menukar orang untuk menyelesaikan masalah. Saya pernah menukar orang, memecat orang dan memanggilnya semula,ā katanya.
Dr. Mahathir turut mengulangi janjinya untuk menyerahkan jawatan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagaimana yang telah dipersetujui selepas menyelesaikan masalah-masalah besar negara. – MalaysiaGazette