Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Definisi Rogol Akan Diperluas...

PUTRAJAYA - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang mengkaji untuk meluaskan definisi...

Gaun Pengantin Angelina Jolie...

SEMEMANGNYA ramai yang menantikan berita perkahwinan pasangan pelakon popular Hollywood, Angelina Jolie dan...

NUJ Bebas Untuk Boikot...

KUANTAN - Kesatuan Wartawan Kebangsaan Malaysia (NUJ) bebas untuk memboikot sebarang majlis atau...

Bukit Aman Panggil Dr...

KUALA LUMPUR : Polis mengesahkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan...

Mayat Nazrin Ditemui Di Penjuru Katil, Ada Kesan Darah

SHAH ALAM – Saksi pendakwaan kedua memberitahu Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi bahawa mayat Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn. Bhd. (Cradle Fund), Nazrin Hassan berada di bahagian penjuru katil dalam keadaan berdarah di bilik utama rumah di Mutiara Homes, Mutiara Damansara tahun lalu.

Koperal Nazrin Zakaria, 39, yang merupakan jurufoto di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya berkata, ketika sampai di tempat kejadian pukul 3 petang 14 Jun tahun lalu, darah berkenaan masih basah namun tidak pasti sama ada ia mengalir atau tidak.

“Selain darah, saya juga terlihat sesuatu barang yang sudah terbakar di atas badan mangsa namun saya tidak pasti apakah barang itu. Saya juga tidak nampak telefon bimbit sama ada Blackberry atau Huawei,” katanya.

Saksi itu berkata demikian ketika ditanya ketua pasukan pembelaan, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah adakah dia melihat darah semasa sampai di tempat kejadian pada hari pertama perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Ab. Karim Ab. Rahman, di sini.

Dalam pada itu, saksi sama turut memberitahu mahkamah, dia tidak nampak kesan darah di sekitar dinding berikutan kesan kebakaran yang menyebabkan warna dinding berubah warna hitam.

Mengulas lanjut, saksi itu turut memaklumkan dinding bilik tempat kejadian berwarna hitam akibat kesan kebakaran termasuk pendingin hawa bilik terbabit serta tilam yang ada di dalam bilik itu turut terbakar.

Sementara itu, pada prosiding sama, saksi ketiga memberitahu mahkamah bahawa rumah mangsa pernah dipecah masuk pada 1 Oktober 2015 yang kes itu dilaporkan sendiri oleh Allahyarham Nazrin.

Koperal Jumardi Mursalim, 34, yang merupakan jurufoto di JSJ, IPD Petaling Jaya berkata, semasa siasatan dijalankan di bilik yang sama dia menemui contengan menggunakan gincu merah pada dinding dan selimut.

“Saya juga turut melihat bilik utama rumah itu berselerak dan komputer riba juga turut dipatahkan. Selain itu, bantal juga turut dihiris seperti menggunakan sesuatu yang tajam,” katanya.

Jumardi berkata demikian selepas diminta untuk mengesahkan laporan polis yang dibuat Nazrin mengenai rumahnya dipecah masuk semasa disoal Muhammad Shafee.


Semasa ditanya adakah dia melihat perkara itu pelik, saksi tersebut menjawab ‘benar’.

Pada masa sama Muhammad Shafee turut bertanya adakah terdapat baju sut lelaki dan baju wanita dihiris dalam bilik persalinan pakaian di bilik itu, saksi itu menjawab “saya tidak ingat”.

Perbicaraan bersambung lagi 13 September ini.

Samirah, 44, dan dua lagi remaja serta seorang lagi yang masih bebas, warga Indonesia, Eka Wahyu Lestari didakwa dengan niat bersama-sama melakukan pembunuhan yang menyebabkan kematian ke atas Nazrin, 47, di sebuah rumah di Mutiara Damansara, Petaling Jaya pada 13 Jun hingga 14 Jun 2018.

Dalam prosiding itu pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran, Mohd. Asnawi Abu Hanipah, Ashyraf Ashyari, Noor Mawarni Halim dan Wan Shahida Wan Omar.

Pembelaan diwakili Muhammad Shafee, L.S Leonard, S.Suresh, Rahmat Hazlan, Savreena Kaur, Mardhiyah Siraj dan Zahriah Eleena Redza.

Perbicaraan itu turut disertai peguam pemerhati bagi pihak keluarga mangsa, Zain Arif dan S. Selvi mewakili Kerajaan Republik Indonesia.

Kategori