MENTERI Kewangan seharusnya bekerja untuk semua rakyat Malaysia dan tidak hanya bersuara bila didesak pengusaha atau usahawan bangsa tertentu.
Yang diperjuangkan mutakhir ini hanya ikhtiar dan kesepakatan pengguna Muslim menggunakan barangan atau produk keluaran Muslim. Tidak ada boikot yang terancang kepada pengusaha lain.
Untuk pengetahuan Menteri Kewangan, mengutamakan produk Muslim tidak bermakna ekonomi akan menjadi bantut dan mundur. Ekonomi masih berjalan. Wang terus mengalir di dalam pasaran. Apa isunya?
Kesedaran ekonomi umat Islam ini tidak menganggu gugat keperkasaan ekonomi pihak mana sekalipun. Ianya ākempenā yang digerakkan sendiri rakyat. Tiada kena mengena UMNO-PAS.Ā
Guan Eng tidak perlu khuatir berkenaan kempen dan kuasa pengguna. Ekonomi negara keseluruhannya jauh lebih besar dan luas skopnya. Elok Guan Eng tumpukan kepada āhutang negaraā yang kian meningkat; atau janji kerajaan yang tidak tertunai.
Saya cadangkan Guan Eng ambil masa untuk membaca teks ucapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) bersempena Sambutan Maal Hijrah peringkat Kebangsaan berkenaan sikap mereka yang munafik dan mungkir janji. Wajar untuk dihadam sebagai pemegang amanah kantung negara.
Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO
Ahli Parlimen Kepala Batas