Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Suri Rumah Ditahan Beri...

JOHOR BAHRU – Seorang suri rumah yang merupakan saksi penting bagi dua kes...

Malaysia Tidak Perlu Lakukan...

KUALA LUMPUR - Malaysia tidak perlukan sebarang pelan kontingensi ekonomi ketika ini kerana...

Rosmah Tak Pernah Mohon...

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan isterinya,...

Nahas LRT: 6 Kritikal,...

KUALA LUMPUR - Enam individu yang terbabit dalam nahas tren Transit Aliran Ringan...

Menteri Cadang HOC Sasar Pembeli Hong Kong, China

KUALA LUMPUR – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin mencadangkan Kempen Pemilikan Rumah (HOC) diadakan khas bagi pembeli di China dan Hong Kong.

Tetapi, katanya, kempen itu hanya akan menjual rumah mewah.

“Saya memikirkan unit yang belum dijual di pasaran mewah, kini bernilai RM100 bilion,” katanya selepas menghadiri majlis perasmian Persidangan Tahunan Bandar Pintar Asia ke-5 hari ini.

“Jadi, saya fikir kita mahu menganjurkan kempen HOC di China atau Hong Kong, di mana kita boleh menarik orang-orang ini untuk melabur di sini dan membeli rumah.”

Katanya, rumah di Malaysia jauh lebih murah daripada Hong Kong dan beliau memberi contoh rumah berkeluasan 250 kaki persegi di Hong Kong yang bernilai RM3 juta.

Katanya, beliau akan membawa cadangan itu ke Kabinet dan berbincang dengan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Mohammadin Ketapi.

Bagaimanapun, Persatuan Pengguna Pulau Pinang semalam memberi amaran tindakan pemaju tempatan menarik pelabur Hong Kong membeli hartanah di Malaysia susulan krisis politik di pulau itu, boleh menyebabkan harga rumah meningkat sehingga tidak mampu dibeli rakyat tempatan.


Dalam perkembangan lain, Zuraida berkata, Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang dijenamakan semula kepada skim sewa beli, akan tampil dengan unit lebih luas dan kemudahan lebih baik di kawasan strategik.

Beliau bagaimanapun enggan memberitahu jika harga rumah itu akan melambung tinggi dan nama baru PPR akan diumumkan pertengahan bulan ini ketika majlis pelancaran projek itu.

“Projak itu masih untuk B40, kita hanya ubah nama. Konsepnya lain (dengan PPR).

“Rumah mampu milik itu nanti keluasannya 900 kaki persegi dengan kelengkapan kemudahan di kawasan yang strategi,” katanya merujuk unit PPR yang keluasannya hanya 600 kaki persegi ketika ini.

Pakar hartanah, ahli politik pembangkang dan Pakatan Harapan membantah rancangan kerajaan menghentikan skim menyewa PPR yang biasanya dijual pada harga RM35,000 hingga RM42,000, dijual sekurang-kurangnya pada harga 2 kali lebih tinggi. – FMT

Kategori