Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Basikal Lajak Ragut Nyawa...

PONTIAN - Dua remaja maut, manakala seorang lagi patah bahu selepas dirempuh sebuah...

Bantu Usahawan Kecil Terokai...

LANDSKAP keusahawanan mengalami perubahan yang sangat ketara sejak negara berdepan pandemik Covid-19.Jika dulu...

Gambar Nikah Tersebar, Adi...

GARA-GARA tersebar gambar yang didakwa merupakan gambar pernikahan keduanya, Adi Putra membatalkan majlis...

Ini Baru Bajet! Berdiri...

BOGOTA - Mungkin pengguna pengangkutan awam biasa letih berdiri sesak dalam bas atau...

Mira Filzah Bintang Paling Popular Ke-32

PUTRAJAYA – Pelakon Mira Filzah telah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular Ke-32 (ABP-32) sekali gus membawa pulang hadiah kereta Nissan X-Trail 2.0L Hybrid.

Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 26, turut membawa pulang anugerah Pelakon Wanita TV Popular dan Gandingan Serasi Drama Popular bersama Remy Ishak menerusi siri Pujaan Hati Kanda pada acara yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, malam tadi.

“Saya sebenarnya tidak menjangkakan untuk menang Anugerah Bintang Popular. Sejujurnya saya hanya menaruh harapan pada beberapa kategori sahaja.

“Setelah memenangi anugerah ini, saya harap akan dikenali dengan bakat sendiri seiring dengan anugerah yang diperolehi bukan dengan gosip atau benda-benda lain,” katanya.

Sementara itu, pelakon dan penyanyi Siti Nordiana pula dinobatkan anugerah Penyanyi Wanita Popular dan satu anugerah terbaharu bagi dirinya, Pengacara TV Popular.

Bagi kategori Pelakon TV Popular, Syafiq Kyle telah mengungguli takhta tersebut bersama Gandingan Serasi Filem Popular disisi heroin filem Langsuir, Hannah Delisha.


Penyanyi Khai Bahar pula berjaya mengekalkan kemenangannya selama tiga tahun berturut-turut dalam kategori yang sama apabila membawa pulang anugerah Penyanyi Lelaki Popular.

Selain itu, pelakon dan penyanyi Fattah Amin yang dikenali menerusi watak Inspektor Zulkilfli dalam filem KL Special Force berjaya membawa pulang trofi Pelakon Filem Lelaki Popular.

Tidak ketinggalan, kumpulan nasyid Raihan yang telah berada selama 23 tahun dalam industri seni diberi penghormatan apabila diumumkan sebagai penerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat. – K! ONLINE

Kategori