Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Nikmat Kemerdekaan Bererti Kepada...

KENINGAU - “Jika diberi kebenaran untuk berjumpa dengan Perdana Menteri Malaysia untuk menyampaikan...

Setiap Kementerian Disaran Laksana...

PUTRAJAYA - Mesyuarat Jawatankuasa Integriti dan Tadbir Urus (JITU) peringkat kebangsaan yang bersidang...

Lebih 260,000 Anak Penyu...

KUALA TERENGGANU - Projek Konservasi Penyu yang dilaksanakan Jabatan Perikanan Terengganu berjaya melepaskan...

Polis Nafi Berlaku Insiden...

KUALA LUMPUR - Polis hari ini menafikan khabar angin kononnya berlaku insiden tetakan...

Pakaian Seakan Berbogel, Stacy Jawab Kritikan Netizen

KUALA LUMPUR – Dikritik menggayakan pakaian seakan berbogel, penyanyi Stacy menjawab kritikan netizen yang tidak berpuas hati dengan penampilannya pada Anugerah Bintang Popular 32 (ABP32).

Ujar pemilik nama sebenar, Ummu Syaikhah Stacy Anam, 29, apa yang berlaku tidak disengajakan.

“Kain seluarnya tebal dan longgar dan warnanya pula kuning tapi tidak sangka pula apabila melakukan persembahan atas pentas dengan pencahayaan, pergerakan dan macam-macam benda, jadi lain,” tulisnya di Instagram.

Kata Stacy, dia berharap komen daripada netizen usah terlalu melampau.

“Saya ada suami dan keluarga tapi itulah nasib menjadi manusia bekerja dalam bidang begini memang risiko.

“Silap sahaja terus dilabel wanita akhir zaman,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Stacy berkata, kadang-kadang dia berasa ingin berhenti menjadi penghibur disebabkan hal seperti ini.


“Kadang-kadang rasa ingin berhenti dalam bidang ini tapi belum ada rezeki dan masa yang sesuai.

“Saya nasihatkan jangan tengoklah benda yang menyakitkan mata ini sebab memang tidak elok. Saya minta maaf kalau buat anda semua tergerak untuk memfitnah dan fikir macam-macam,” ujarnya.

Stacy mendendangkan single terbaharunya berjudul Khayal pada Ahad. Dia menyarung body suit berwarna nude berenda hitam dan dihiasi motif floral.

Busana tersebut mendapat kecaman ramai apabila dikritik terlampau seksi seakan berbogel atas pentas. – K! ONLINE

Kategori