Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Sultan Johor Minta ADUN...

JOHOR BAHRU - Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar meminta Ahli Dewan...

Naib Presiden UTAR Maut...

IPOH - Naib Presiden (Pembangunan Pelajar dan Hubungan Alumni) Universiti Tunku Abdul Rahman...

Fujifilm Sasar Ganda Perolehan...

SHAH ALAM - Fujifilm (Malaysia) Sdn Bhd menyasar untuk menggandakan perolehannya daripada RM250...

Aliff Syukri Beli Hotel...

HEBAT... Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman baru-baru ini didapati telah...

PAS Tubuh Jawatankuasa Rangka Pelan Tindakan Muafakat Nasional

KOTA BHARU – PAS menubuhkan Jawatankuasa Khas Merangka Pelan Tindakan ke arah merealisasikan Muafakat Nasional yang dimetrai dengan UMNO pada Sabtu lalu. 

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, jawatankuasa itu akan dipengerusikan oleh Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan ahli-ahlinya terdiri dalam kalangan pemimpin tertinggi parti tersebut.

Beliau yang setiausaha jawatankuasa itu berkata, pelan tindakan tersebut akan dirangka mengikut Piagam Muafakat Nasional dan memorandum persefahaman yang ditandatangani oleh kedua-dua parti berkenaan. 

“Segala hasil kajian dan rumusan jawatankuasa ini akan terlebih dahulu di bawa ke Jawatankuasa Perunding UMNO / PAS untuk diluluskan.

“Pelan tindakan dan ‘road map’ ini akan dilaksanakan di semua peringkat parti,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 


Sabtu lalu, puluhan ribu penyokong kedua-dua parti Melayu tersebut membanjiri Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk menyaksikan Majlis Menandatangani Piagam Muafakat Nasional yang dimetrai oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 

Majlis tersebut menjadi detik bersejarah di antara dua seteru politik tersebut untuk berdamai selepas pertama kali bersama-sama ketika Barisan Nasional (BN) ditubuhkan pada tahun 1973 sebelum berpisah kira-kira lima tahun kemudian. – UTUSAN ONLINE

Kategori