Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Honda Malaysia Lancar Enam...

JOHOR BAHRU - Honda Malaysia Sdn Bhd akan melancarkan enam model baharu pada...

Bot APMM Terbakar, Tiada...

SITIAWAN - Dua bot milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) terbakar di Jeti...

AIR – Selangor Enggan...

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan penstrukturan air di Selangor tertangguh disebabkan kerajaan negeri itu...

KPT Jamin Tiada Isu...

BANGI - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memberi jaminan tiada pelajar daripada enam kategori...

Pembekal Bahan Binaan Bumiputera Dakwa ‘Dibuli’ DBKL

KUALA LUMPUR – Sebuah syarikat pembekal bahan binaan milik Bumiputera mendakwa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) “membuli” syarikat tempatan apabila tidak melakukan pembayaran selepas projek siap dilaksanakan.

Penolong Pengurus Operasi Syarikat Seagate Global Trading Sdn Bhd, Zaidzul Akmal Norjali berkata DBKL masih tidak melunaskan pembayaran bahan binaan berupa besi bagi pembangunan semula Bulatan Dato’ Onn, berhampiran Bank Negara sejak 2016.

“Ia berlaku sejak 2016, kami diberi mandat untuk hantar bahan binaan di tapak pembangunan bulatan ini, kini barang tersebut diguna pakai tanpa sebarang pembayaran dibuat,” katanya sewaktu ditemui pemberita, di Bulatan Dato’ Onn, hari ini.

Menurutnya, berdasarkan perjanjian yang dibuat antara syarikat dan DBKL pada 2016, dewan bandaraya itu perlu membuat pembayaran secara keseluruhan kepada syarikat itu selepas bahan binaan besi itu dibekalkan.

“Pelbagai sudut kita pergi, kita sudah bertemu dengan DBKL, prosedur apa lagi hendak kami ikuti. Kita juga sudah penuhi segala permintaan DBKL. Kami hanya rakyat biasa, setakat mana kami mahu panjat ke atas,” katanya.

Zaidzul berkata, syarikatnya juga sudah memperoleh perintah mahkamah pada Mei lalu yang mengarahkan DBKL membuat pembayaran hampir RM4 juta kepada syarikat berkenaan.


Bukan itu sahaja, laporan kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga dibuat pihaknya, namun masih tidak memperoleh sebarang jawapan.

“Harapan kami adalah untuk dapatkan hak kami, itu sahaja. Kami mohon perhatian daripada datuk bandar DBKL dan menteri Wilayah Persekutuan. Saya harap kerajan baru membantu masalah kami.

“Pada Mei 2019 kami sudah dapat penghakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, ia berpihak kepada kami namun malangnya kami masih belum dapat bayaran dari pihak DBKL.

“Kami bukanlah syarikat pembekal bahan binaan yang besar, bagi kami jumlah yang DBKL berhutang itu banyak buat kami. Ia sedikit sebanyak mengganggu perjalanan operasi syarikat dan kakitangan kami,” katanya. – FMT

Kategori