Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Pembatalan Projek HSR Ambil...

KUALA LUMPUR - Keputusan kerajaan membatalkan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) antara...

Malaysia Terkandas Di Suku...

PERJUANGAN skuad badminton negara pada kejohanan Piala Sudirman 2019 terhenti di suku akhir...

UPSR Diteruskan Sehingga Tiba...

KOTA KINABALU - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata Ujian Pencapaian Sekolah...

QZ8501: Lebih Banyak Kapal,...

KUALA LUMPUR - Lebih banyak kapal dan pesawat menyertai gerakan mencari pesawat AirAsia...

Pemuda PAS, UMNO Gesa Tommy Letak Jawatan Atau Bercuti

SHAH ALAM – Pemuda PAS dan UMNO menggesa Peguam Negara, Tommy Thomas meletakkan jawatan atau bercuti sementara daripada menjalankan tugasnya susulan keputusan mahkamah koroner hari ini yang memutuskan Muhammad Adib Mohd Kassim mati akibat perbuatan jenayah.

Timbalan Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shari dan Exco Pemuda UMNO, Muhammad Faiz Hashim senada menuntut perkara itu sebaik sahaja keputusan inkues kematian Adib diumumkan hari ini.

Fadhli menggesa Tommy tidak membuat permohonan semakan semula atau rayuan keputusan inkues.

“Pemuda PAS desak polis tingkatkan siasatan dengan memanggil semula tertuduh yang dilepaskan.

“Cari segera pembunuh Adib dan mulakan proses pendakwaan mahkamah,” katanya pada sidang media di luar bangunan Mahkamah Shah Alam.

Fadhli berkata pemuda PAS melahirkan syukur dan gembira dengan keputusan inkues hari ini.

“Inkues sebelum ini dianggap mengaburi mata dan menutup kelemahan pembunuh sebenar Adib,” katanya.

Fadhli juga meminta Exco Selangor V Ganabatirau perlu didakwa dan dihadapkan ke mahkamah kerana didakwa sebagai pencetus rusuhan.


Inkues memutuskan Adib menemui ajal akibat perbuatan pihak ketiga yang menyerang dan memukul beliau dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman USJ 25 pada 27 November lalu.

Koroner Rofiah Mohamad yang mendengar prosiding inkues kematian Adib memutuskan perkara itu setelah berpuas hati dengan keterangan saksi sepanjang siasatan berjalan.

Sementara itu, Faiz berkata isu Adib ini bukan perkauman sebaliknya melibatkan keadilan dan kemanusiaan.

“Ini semua doa daripada rakyat Malaysia. Dari segi perundangan ditegakkan.

“Mengenai peguam negara, saya setuju dengan Fadhli dan kita pandangan peguam negara perlu letak jawatan dan paling kurang direhatkan,” katanya. – FMT

Kategori