Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pemuda UMNO Desak Sekat...

PUTRAJAYA - Dalam satu tindakan tidak disangka-sangka banyak pihak pada Khamis, Pemuda UMNO...

Hajat Bapa OKU Bertemu...

HAJAT seorang bapa kurang upaya (OKU) yang mahu bertemu dengan anak cucunya tidak...

4 Ditahan, Dadah Bernilai...

BESUT - Polis menahan empat lelaki dan merampas 1,679 pil kuda dan 15...

Medan Magnetik Kutub Utara...

PERKARA ini mungkin terdengar seperti filem fiksyen Hollywood, tetapi kajian menunjukkan bahawa medan...

Penduduk Kuala Lumpur Gembira Keadaan Semasa Negara?

KUALA LUMPUR – Hasil daripada kaji selidik mendapati penduduk Kuala Lumpur gembira dengan keadaan semasa negara pada ketika ini. 

Kaji selidik Kebahagiaan Domestik Kasar (GDH) yang dijalankan oleh Pusat Penyelidikan Kaji Selidik UCSI itu mengambil kira beberapa faktor antaramya situasi politik, kestabilan ekonomi, serta kesihatan mental dan fizikal. 

“Kaji selidik GDH itu menunjukkan skor sebanyak 6.92 daripada 10 mata yang terdiri daripada 1,051 orang yang terlibat secara langsung sepanjang 1 September hingga 6 September.

“Skor tertinggi sebanyak 7.15 yang direkodkan menunjukkan orang ramai berpendapat kebahagiaan mereka dipengaruhi institusi kekeluargaan sementara skor terendah yang direkodkan iaitu 5.15 meletakkan politik sebagai faktor yang paling sedikit mempengaruhi kebahagiaan,” menurut pusat penyelidikan tersebut dalam kenyataan hari ini. 

Faktor lain yang boleh mempengaruhi termasuk kesihatan fizikal (6.50), kesihatan mental (6.46), tempat kerja (6.15), komuniti (6.05), situasi kewangan dan perbelanjaan harian (5.96), sumber semula jadi (5.88), dan faktor masyarakat secara keseluruhan (5.81). 

Sementara itu, Ketua Eksekutif Pusat Penyelidikan Kaji Selidik UCSI, Penolong Prof. Dr. Noppadon Kannika berkata, data kaji selidik itu diuji menggunakan ukuran statistik yang lebih tinggi iaitu Hasil Regresi Berganda (Multiple Regression Analysis). 


Jelasnya, didapati sebanyak 61.4 peratus daripada kebolehubahan dalam GDH boleh dihuraikan berdasarkan kepada kehidupan sesebuah keluarga, situasi di tempat kerja, kestabilan kewangan, komuniti, kesihatan mental, sumber semula jadi serta masyarakat dan politik. 

“Sudah pasti kebahagiaan seseorang individu pada satu tahap bergantung kepada daya usaha serta pandangan peribadi mereka tentang kehidupan.

“Kaji selidik ini menunjukkan wang ringgit adalah penting tetapi ia bukanlah satu faktor yang terpenting. Kekeluargaan, kesihatan mental, dan keadaan di tempat kerja merupakan faktor yang lebih penting seperti yang ditunjukkan melalui kaji selidik GDH,” katanya. 

Dalam pada itu, beliau berpandangan, kajian yang lebih mendalam perlu dilakukan bagi menggesa kerajaan untuk melakukan perubahan kepada polisi untuk menaikkan GDH masyarakat Malaysia. – UTUSAN ONLINE

Kategori