Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Perbezaan Sambutan Tahun Baru...

Oleh Niam Seet WeiKoresponden Bernama, Niam Seet Wei berkongsi diarinya dari Beijing, antaranya...

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi,...

KUALA LUMPUR - Bursa Malaysia dibuka tinggi, tetapi kemudiannya menyusut, selari dengan kedudukan...

Kena Demam Campak, Shuib...

KESIAN pula dengan nasib yang menimpa Shuib Sepahtu apabila dia disahkan menghidap demam...

Jabatan Perhutanan Selangor Ditegur...

SHAH ALAM - Laporan Ketua Audit Negara 2016 Siri 1, menegur  beberapa  kelemahan yang...

Penggunaan Alat Pengimbas Di KLIA Dibenarkan – Mufti

SHAH ALAM – Majlis Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan memutuskan penggunaan alat pengimbas di kaunter keselamatan Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) oleh umat Islam dibenarkan.

Penjelasan itu dibuat Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri di laman Facebooknya hari ini susulan terdapat pertanyaan berhubung visual bentuk tubuh yang terzahir dalam bentuk dua dimensi atau 2D setelah melalui alat pengimbas tersebut.

“Pagi ini bermusafir ke Pulau Pinang atas beberapa urusan. Melihat alat pengimbas yang baru diletakkan di KLIA ini, mengingatkan saya kepada Tuan Halim Othman bersama delegasi daripada Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) yang bertemu dengan saya bagi mendapatkan fatwa berhubung penggunaan alat pengimbas ini.

“Alhamdulillah, dengan kerjasama yang amat baik daripada pihak MAHB, Majlis Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan telah memutuskan bahawa penggunaan alat pengimbas ini adalah dibolehkan dengan syarat mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya yang turut memuat naik gambarnya bersama seorang pegawai keselamatan di KLIA.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, usaha yang dilakukan MAHB dalam memastikan keselamatan penumpang dengan menyediakan alat pengimbas bersekuriti tinggi wajar diberi pujian dan penghargaan.

Katanya, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan juga sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak demi manfaat bersama.

Kategori