Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Rumah Komuniti Jadi Contoh...

BESUT - Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) mencadangkan Program Rumah Komuniti yang dilaksanakan di...

Teruskan ECRL Langkah Tepat...

KOTA BHARU – Keputusan kerajaan Persekutuan untuk meneruskan projek pembinaan Laluan Rel Pantai...

11 Ekor Gajah Putih...

BANGKOK - Sebelas ekor gajah putih yang dibawa dari Ayutthaya memberi penghormatan terakhir...

Mungkin Ini Pengantin Paling...

SEPASANG pengantin baru dari Kaherah, Mesir kini menjadi perbualan hangat di seluruh dunia. Ini...

Penjawat Awam Sokong Pembangkang Dikenal Pasti – Mukhriz

ALOR SETAR – Kerajaan negeri Kedah tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana penjawat awam peringkat negeri dan persekutuan sekiranya didapati cuba mensabotaj program pembangunan yang dirancang oleh kerajaan negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir, berkata pihaknya sudah mengenal pasti segelintir penjawat yang bukan sahaja aktif menyokong pembangkang malah ada yang didapati sanggup menggagalkan usaha pembangunan kerajaan.

Justeru, beliau memberi amaran kepada semua penjawat awam supaya tidak melibatkan diri dan bergerak aktif dalam aktiviti parti pembangkang termasuk menghadiri Perhimpunan Muafakat Nasional di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini.

“Pendirian kerajaan Pakatan Harapan (PH) bukanlah mahu memaksa semua orang sokong PH dan menolak pembangkang, soal kecenderungan politik masing-masing tidak dipersoalkan.

“Cuma kita tidak galakkan anggota atau jabatan kerajaan bergiat aktif (dalam politik pembangkang) sehingga menjejaskan pentadbiran kerajaan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pengerusi PH Kedah, di sini, malam tadi.

“Sebelum ini kita bersikap lembut dan berhemah, tapi kini saya beri amaran kami akan pantau mereka yang aktif dan kalau dah bagi amaran tapi masih aktif, kita akan ambil tindakan.


“Jangan buat aniaya kepada diri sendiri, dah tahu kerajaan kini adalah PH, mereka ada tanggungjawab sebagai penjawat awam dalam jabatan masing-masing,” kata Mukhriz.

Sementara itu, Mukhriz turut menyelar kenyataan kepimpinan UMNO dan PAS yang kononnya Melayu dan Islam kini berada dalam keadaan terancam di bawah kerajaan PH.

“Walhal UMNO dominan selama 60 tahun dan Melayu masih daif… Tak boleh nak salahkan PH yang baru berkuasa tidak sampai dua tahun,” katanya.

Beliau berkata penyatuan ummah antara PAS dan UMNO hanyalah untuk kepentingan politik semata-mata dan UMNO sebenarnya terdesak kerana kepimpinan tertinggi mereka bermasalah dan didakwa di mahkamah.

Kategori