Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

3 Cedera Bertempur Dengan...

FREETOWN - Tiga belia cedera parah selepas bertempur dengan polis di Sierra Leone...

Najib, Rosmah Bantah Pihak...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, isteri dan...

Asteroid 2004 BL86 Hampiri...

KUALA LUMPUR - Asteroid 2004 BL86 bersaiz kira-kira 500 meter diameter (0.5km), yang...

Jabatan Bomba Jalani Latihan...

ARAU - Jabatan Bomba dan Penyelamat Perlis hari ini mengadakan latihan simulasi operasi...

Pesuruhjaya PAS Perlis Rebah Di Pentas Ceramah Perdana

KANGAR – Pesuruhjaya PAS Perlis Mohd Shukri Ramli rebah ketika berucap pada Ceramah Perdana Muafakat Nasional peringkat Negeri di Dewan 2020, dan dikejarkan ke Unit Kecemasan, Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini, malam tadi.

Bagaimanapun keadaan Ahli Dewan Undangan Negeri Sanglang itu dilaporkan stabil.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perlis Russele Eizan, dan menurutnya Mohd Shukri telah menjalani imbasan CT Scan oleh doktor yang merawatnya.

Russele turut meminta orang ramai dan rakyat mendoakan kesejahteraan Mohd Shukri.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam tadi, Mohd Shukri sebagai penceramah pertama ketika itu sedang memberi kata-kata aluan memperkenalkan barisan kepimpinan tertinggi UMNO dan PAS, secara tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri.


Beliau kemudian diberi bantuan pernafasan oleh Unit Medik, Jabatan Amal Malaysia sebelum ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) membawanya ke HTF.

Ceramah itu turut dihadiri Presiden PAS Abdul Hadi Awang, Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi; Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin; Pengerusi UMNO Perlis, Shahidan Kassim dan lebih 2,000 penyokong kedua-dua parti itu.

Kategori