Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Isu “Mata Lebam” Tidak...

PUTRAJAYA - Keterangan bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID) Datuk Ramli Yusuff...

Aplikasi Gerak Malaysia Paling...

KUALA LUMPUR - Tiga aplikasi kerajaan berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan perkembangan...

Lindungi Hutan, Bukan Tolong...

Badan Peguam Malaysia menggesa kerajaan Selangor agar teru melindungi hutan simpan kekalnya dan...

Telan 7 Berus Gigi...

BERANG kerana sering dipaksa berkahwin oleh ibu bapanya, seorang wanita telah menelan tujuh...

Polis Kesan Suspek Sumbat Bayi Dalam Mangkuk Tandas

KUANTAN – Polis sedang melakukan siasatan terperinci bagi mengesan suspek yang sanggup bertindak kejam dengan menyumbat bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan dalam mangkuk tandas di Terminal Sentral Kuantan (TSK) di sini semalam.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, hal demikian kerana wanita yang ditahan semalam berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian bukan suspek dalam kes itu.

“Kita tahan wanita itu semalam dan dia juga memberikan kerjasama baik. Selepas siasatan dibuat, kita mendapati bahawa bukan wanita dalam CCTV itu yang melakukan perbuatan berkenaan dan dia telah pun dibebaskan.

“Jadi, kita sedang melakukan siasatan secara terperinci termasuk melihat semula CCTV di lokasi kejadian bagi mengesan suspek sebenar,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, seorang anggota pihak berkuasa tempatan (PBT) di sini yang menggunakan tandas di lokasi kejadian mendapati penutup mangkuk tandas tertutup dan apabila mengepam air, kelihatan air melimpah keluar berwarna merah bercampur darah.


Sejurus selepas itu, anggota PBT itu memaklumkan kejadian kepada pekerja pencuci untuk membuat pemeriksaan.

Selepas memeriksa, tukang cuci itu mendapati tandas seperti tersumbat dan apabila cuba mengeluarkan objek yang tersumbat dengan dawai telah tertarik uri dan tali pusat bayi.

Kategori