Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Ribut Petir, Hujan Lebat...

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat...

Mesyuarat Exco Terengganu Berjalan...

KUALA TERENGGANU - Mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri Terengganu berjalan seperti biasa pagi...

Teknologi Dron Pikat Remaja...

ALOR SETAR - Sebuah dron berwarna putih terbang bagaikan terbuai-buai pada ketinggian kira-kira...

Sah Tiada Kenaikan Caj...

NEW DELHI - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menafikan laporan...

Polis Siasat Insiden Pergaduhan Depan Plaza Tol

KUALA LUMPUR – Pihak polis mengesahkan telah menerima laporan berhubung satu pergaduhan melibatkan dua lelaki tempatan di Plaza Tol Bukit Kiara, Sri Hartamas yang tular di laman sosial Facebook sejak semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Arifai Tarawe berkata, pihaknya telah menerima dua laporan yang dibuat pada hari ini dan semalam oleh kedua-dua individu yang terlibat dalam pergaduhan tersebut.

“Kejadian berlaku kira-kira pukul 4.30 petang sewaktu seorang lelaki berusia 30 tahun yang memandu sebuah van jenis Hiace sedang dalam perjalanan dari Wangsa Maju menuju ke One Utama.

“Sewaktu melalui Kerinchi Link seorang lelaki berusia 38 tahun yang memandu kereta jenis Mazda CX5 telah memotong van tersebut dan menekan brek,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Arifai, susulan kejadian itu, kedua-dua individu terbabit telah berhenti di Plaza Tol Bukit Kiara dan berlaku pertengkaran yang akhirnya bertukar kepada pergaduhan.

“Akibat pergaduhan tersebut, pemandu van berkenaan telah mengalami kecederaan di bahagian lutut dan muka manakala pemandu kereta Mazda itu pula cedera di kepala, tangan serta kaki.

“Tiada tangkapan yang dilakukan namun kenyataan kedua-dua individu terbabit telah diambil dan kes disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan,” katanya.


Terdahulu, dua klip video yang masing-masing berdurasi 1 minit 31 saat dan 38 saat tular di laman media sosial Facebook memaparkan aksi pergaduhan di antara dua lelaki di hadapan sebuah plaza tol di ibu negara.

Video tersebut yang dipercayai dirakam oleh isteri kepada salah seorang individu terlibat memaparkan tindakan sebuah kereta jenis Mazda yang dipandu secara merbahaya sehingga membangkitkan kemarahan perakam yang akhirnya berakhir dengan pergaduhan.

Tambah Arifai, pengguna jalan raya dinasihatkan agar sentiasa bertimbang rasa bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. 

“Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kejadian ini boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, Asistan Superintendan Ahmad Osman di talian 011-3650 8678 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Daerah Brickfields di talian 03-2297 9222,” jelas beliau.

Kategori