Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

ESSCom Perhebat Program Penerangan...

LAHAD DATU - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) akan memperhebatkan program...

Kokain: Mahkamah Kekal Hukuman...

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengekalkan hukuman mati terhadap seorang...

Ibu Tunggal Dipenjara 14...

KUANTAN - Seorang ibu tunggal dijatuhi hukuman penjara 14 tahun oleh Mahkamah Tinggi...

Polis Tak Akan Guna...

SUSULAN laporan sebuah akhbar berbahasa Cina, Oriental Daily News semalam tentang kemungkinan Polis...

Polis Siasat Kematian Mejar Zahir Disebabkan Kecuaian

KUALA LUMPUR – Siasatan terhadap insiden Mejar Mohd Zahir Armaya yang maut terkena tembakan dalam demonstrasi di Kem Lok Kawi, Rabu lepas menjurus kepada faktor kecuaian.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan dan beberapa individu akan dipanggil untuk membantu siasatan.

“Setakat ini, siasatan mendapati ia menjurus kepada kecuaian tetapi siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya ketika dihubungi.

Omar berkata setakat ini 11 individu termasuk anggota tentera yang terbabit dengan insiden tembakan itu telah dipanggil bagi memberi keterangan.

Khamis lepas, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata Polis Diraja Malaysia sedang menjalankan siasatan penuh berhubung insiden itu termasuk mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Mej. Mohd Zahir Armaya, 36, pegawai komando dari Pasukan 11 Rejimen Gerak Khas, meninggal dunia pada Rabu selepas dipercayai tertembak sewaktu gimik pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div) dan Briged ke-13 Infantri Malaysia.

Kategori