Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Kitab Seks Kurun Ke-17...

SEBUAH kitab seks kurun ke-17 Inggeris yang dijumpai bakal dijual minggu ini dengan...

Ahmad Maslan Kembali.. Masak...

JIKA sebelum ini Datuk Ahmad Maslan memuat naik resepi nasi goreng tanpa GST,...

KL2017: Wai Kin Silaukan...

MALAYSIA merangkul pingat emas dan perak bagi acara jianshu lelaki sukan wushu pada...

UMNO PP Tiada Kaitan...

BUKIT MERTAJAM -- Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang menegaskan bahawa ia tidak mempunyai...

Polis Terima 1 Laporan Hina Raja Permaisuri Agong Di Twitter

SHAH ALAM – Polis menerima satu laporan berhubung kes penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di Twitter semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Huzir Mohamed berkata, siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan 1948.

“Pihak polis telah terima satu laporan polis berhubung kes berkenaan. Siasatan kes itu dibuat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bahagian D5 Bukit Aman,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Awal pagi semalam, netizen menzahirkan rasa terkejut selepas Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menyahaktifkan akaun Twitter baginda.

Tidak dapat dipastikan mengapa Raja Permaisuri Agong bertindak menutup akaun Twitternya namun beberapa individu dikenal pasti antaranya Firdaus Asraf menjadi penyebab Tuanku berbuat demikian.

Tindakan pengguna Twitter itu turut mendapat respon bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.


Musa menegaskan, tindakan tegas perlu diambil polis termasuk menahan individu terbabit di bawah Akta Hasutan bagi mengelakkan golongan ‘kurang ajar’ ini terus ‘naik lemak’.

Malah netizen turut menggerakkan kempen #AmpunTuanku sambil mengharapkan baginda mengaktifkan semula akaun Twitternya.

Selepas dikecam, Firdaus Asraf melalui akaun Twitternya, @frdsasrf membuat permohonan maaf sambil menjelaskan dirinya sebagai derhaka.

Kategori