Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Peruntukan Bertambah, Lebih Banyak...

KUALA LUMPUR : Kerajaan memperuntukkan RM157.8 juta kepada Sabah tahun ini, bagi kerja...

Pelan Induk Masyarakat India...

KUALA LUMPUR – Pelan Induk Pembangunan Masyarakat India (MIB) bukan milik MIC atau...

Peserta Bersih 4.0 Berhimpun...

KUALA LUMPUR - Peserta perhimpunan Bersih 4 kembali berkumpul di sekitar Dataran Merdeka...

Tentera Rampas Barang Seludup...

PASIR MAS – Batalion Ketiga Rejimen Sempadan (RS) merampas pelbagai barangan keperluan bernilai...

Proton Lancar Logo, Slogan Baharu

PERUSAHAAN Otomobil Nasional Sdn. Bhd. (Proton) baru-baru ini melancarkan logo dan slogan terbaharunya, Inspiring Connections dalam usaha menjadikannya sebagai jenama automotif moden di peringkat global.

Pengerusinya, Datuk Seri Syed Faisal Albar berkata, logo baharu dengan lambang harimau dalam rekaan bulatan telah dikemas kini dan ditinggikan seperti anak panah yang melambangkan kejayaan Proton untuk terus maju ke hadapan.

Menurut beliau, Proton kini memasuki fasa seterusnya dengan penjenamaan baharu yang akan dipacu oleh tiga nilai teras merangkumi penggunaan teknologi inovatif, komitmen terhadap kebolehpercayaan dan penggunaan sudut pandang antarabangsa.

“Pengenalan logo itu telah membuka lembaran baharu terhadap perjalanan Proton selama ini dan sejak dua tahun lalu kami telah berjaya membuktikan kemampuan untuk menjadi sebuah jenama automotif moden.

“Proton akan terus mengeluarkan kereta terbaik bagi membuktikan kemampuan menjadi jenama automotif moden untuk bersaing sihat di peringkat global,” katanya.


Slogan baharu Proton, Inspiring Connections pula menampilkan aspirasi jenama yang mewakili teknologi dan mobiliti dalam menghubungkan manusia dengan memberikan inspirasi kejayaan dalam kehidupan.

Menurut jenama terkemuka negara itu lagi, model Proton X70 versi pemasangan tempatan akan menjadi model pertama menggunakan logo baharu itu.

Kategori