Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Peminat Pokemon Go Warnakan...

POKEMON GO telah 'menguasaiĆ¢ā‚¬ā„¢ dunia dengan orang ramai sanggup mengambil risiko semata-mata kerana...

Jurulatih Selam Ditemui Selamat

MERSING - Seorang daripada empat penyelam yang dilaporkan hilang ketika menyelam di Mersing...

PAS Dipelawa Kerjasama Dengan...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) menyeru PAS supaya berkerjasama dengan Pakatan...

“Macam Mana Boleh Sampai...

CHERAS - Dinding rumah di tingkat 12, Pangsapuri Cheras Utama, Jalan CU 4A,...

Rafizi Keracunan Makanan, Kes BAFIA Tangguh

SHAH ALAM – Perbicaraan kes rayuan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli dan bekas kerani bank, Johari Mohamad terhadap sabitan dan hukuman mengikut Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA), ke atas mereka pada Februari tahun lalu ditunda ke 24 Oktober ini.

Peguam yang mewakili Mohd Rafizi, Ahmad Nizam Hamid berkata, penangguhan itu berikutan pemimpin PKR berkenaan mengalami keracunan makanan.

ā€œRafizi tidak sihat kerana terkena keracunan makanan dan pihak kami sudah mengemukakan sijil sakit kepada mahkamah tadi.

ā€œSusulan itu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Yazid Mustafa menetapkan 24 Oktober ini sebagai tarikh perbicaraan,” katanya ketika ditemui media di luar mahkamah berkenaan di sini hari ini.

Permohonan rayuan itu difailkan Mohd Rafizi dan Johari bagi sabitan dan hukuman 30 bulan penjara ke atas mereka kerana didapati bersalah mendedahkan maklumat perbankan di bawah BAFIA tujuh tahun lalu.


Pada 7 Februari 2018, Mahkamah Sesyen Shah Alam mendapati, Mohd Rafizi, 42, bersalah kerana mendedahkan dokumen penyata baki akaun bank milik National Feedlot Corporation (NFC), National Meat & Livestock Sdn. Bhd., Agroscience Industries Sdn. Bhd. dan akaun bank Pengerusi NFC, Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail kepada perunding media, Yusof Abdul Alim dan wartawan The Star, Erle Martin Carvalho.

Mohd Rafizi melakukan kesalahan itu di Ibu Pejabat PKR di Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan, Petaling Jaya, pada 7 Mac 2012 dan didakwa mengikut Seksyen 97(1) BAFIA.

Turut disabitkan kesalahan, Johari, 48, yang didakwa mengikut Seksyen 112(1)(c) BAFIA, kerana bersubahat dengan Mohd Rafizi pada tarikh dan alamat yang sama.

Kategori