Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

‘Saya Minta Maaf Kerana...

IMPIAN Datuk Lee Chong Wei untuk mengakhiri permainannya di Sukan Olimpik dengan pingat...

2 Rentung Dalam 2...

KOTA KINABALU – Dua lelaki rentung dan seorang lagi melecur dalam dua kejadian...

Rabies: Tiada Kes Terbaru...

MELAKA - Kementerian Kesihatan tidak menerima sebarang laporan baharu kes penyakit anjing gila atau rabies di negara...

15,000 Banduan, Bekas Banduan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Sumber Manusia (KSM) dengan kerjasama Jabatan Penjara (JPM) menyasarkan...

Rafizi Membisu Isu ‘Jet Peribadi’, Sindir Najib

KUALA LUMPUR – Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli kini dilihat enggan membuat sebarang kenyataan berhubung penjualan ‘jet peribadi’ milik kerajaan untuk membayar hutang negara.

Menurut Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Datuk Seri Najib Tun Razak, isu tersebut dijadikan modal politik oleh bekas Ahli Parlimen Pandan itu sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

“Sebelum PRU14, Rafizi ini suka serang saya tentang isu ‘jet peribadi’. Padahal itu bukan jet peribadi saya tetapi jet milik kerajaan dan dikongsi guna oleh mereka yang layak.

“Masa itu, Rafizi telah beberapa kali gesa jet itu dijual sebagai cara untuk memotong perbelanjaan kerajaan,” katanya menerusi perkongsian status dalam Facebook miliknya hari ini.

Tambah beliau, Rafizi bagaimanapun enggan membangkitkan isu yang sama selepas jet berkenaan kini digunakan oleh Perdana Menteri ke-7 untuk melawat ke negara-negara lain.


“Tapi Rafizi membisu pula walaupun hutang negara kononnya RM1 trilion dan banyak bantuan rakyat telah dipotong atau dimansuhkan. Dia tak suruh pula PM ke-7 jual jet itu.

“Saya juga perhatikan Rafizi ini sudah jarang buat ‘posting’ dalam media sosial. Paling banyak pun sekali dua sebulan. Cukup bulan, dia muncul seketika. Kecuali jika ada cerita tentang punggung seperti yang berlaku minggu lepas. Bila ada cerita punggung, laju dia keluar,” sindirnya. – UTUSAN ONLINE

Kategori